Skip to content

Regulation on the Transfer of Registration Number

Land Transport Department

Information on the transfer and tendering of vehicle registration numbers in Brunei Darussalam.

TPK Satu (1) dan Dua (2) Angka adalah dikategorikan sebagai TPK eksklusif yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Nilai harga TPK yang lebih tinggi.
  • Mempunyai populariti dan permintaan tinggi.
  • Terdapat had bilangan nombor untuk didaftarkan.
  • Mempunyai nilai harga jualan semula dan dagangan yang tinggi.

Dalam hubungan ini, untuk mengekalkan sifat eksklusif dan berpadanan dengan nilai TPK tersebut, maka peraturan Perkhidmatan serah dan tukar milik bagi TPK Satu (1) dan Dua (2) Angka yang dimiliki melalui tawaran tertutup dan tawaran terbuka adalah dikemaskinikan.

TPK SATU (1) & DUA (2) ANGKA

Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Satu (1) & Dua (2) Angka yang dimiliki melalui tawaran tertutup dan tawaran terbuka, sama ada sudah atau belum didaftarkan, boleh diserahkan dengan syarat-syarat berikut:

1 CARA PERMOHONAN

Permohonan serah dibenarkan kepada sesiapa sahaja lebih daripada satu (1) kali melalui:

Perkhidmatan serah TPK
Perkhidmatan serah melalui tukar milik kenderaan
2 YURAN & CAJ

Permohonan serah dikenakan yuran dan caj berikut:

Yuran serah sebanyak $1,000.00
Caj perkhidmatan sebanyak $100.00
3 TERMA BAYARAN

Yuran dan caj bagi permohonan serah yang telah diproses dan dibenarkan tidak akan dikembalikan (non-refundable).

4 JIKA PEMILIK TPK MENINGGAL DUNIA

Jika Pemilik TPK meninggal dunia, permohonan mestilah terlebih dahulu mendapatkan Surat Kuasa Pentadbir dan Surat Pengakuan (Statutory Declaration) daripada mahkamah.

i. Jika Serah kepada waris

yang diperakukan oleh mahkamah, hanya caj perkhidmatan sebanyak $100.00 dikenakan (yuran serah dikecualikan).

ii. Jika Serah bukan kepada waris,

pentadbir mestilah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada ahli waris yang diperakukan oleh mahkamah. Permohonan serah akan dikenakan yuran serah sebanyak $1000.00 dan caj perkhidmatan sebanyak $100.00.

5 TPK JUBLI EMAS

Permohonan serah bagi TPK Jubli Emas Satu (1) & Dua (2) Angka adalah mengikut persyaratan-persyaratan yang telah ditetapkan dan digariskan dalam surat makluman berjaya memenangi tawaran.

TARIKH BERKUATKUASA PERATURAN DAN PERKHIDMATAN SERAH DAN TUKAR MILIK TANDA PENGENALAN KENDERAAN (TPK) SATU (1) & DUA (2) ANGKA

Bagi TPK Satu (1) dan Dua (2) Angka yang dimiliki

Bermula Rabu, 27 November 2024:

Tarikh berkuatkuasa adalah mulai Rabu, 27 November 2024.

Bagi TPK Satu (1) dan Dua (2) Angka yang dimiliki

Sebelum Rabu, 27 November 2024:

Tarikh berkuatkuasa adalah mulai Rabu, 15 Januari 2025.

TPK TIGA (3) & EMPAT (4) ANGKA

Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Tiga (3) & Empat (4) Angka yang dimiliki melalui tawaran tertutup dan tawaran terbuka, sama ada sudah atau belum didaftarkan, boleh diserahkan dengan syarat-syarat berikut:

1 CARA PERMOHONAN

Permohonan serah dibenarkan kepada sesiapa sahaja lebih daripada satu (1) kali melalui:

Perkhidmatan serah TPK
Perkhidmatan serah melalui tukar milik kenderaan
2 YURAN & CAJ

Permohonan serah yang dibenarkan akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak $5.00.

3 TERMA BAYARAN

Caj Perkhidmatan bagi permohonan serah yang telah diprocess dan dibenarkan tidak akan dikembalikan (non-refundable).

TPK yang dimiliki melalui
Tawaran Tertutup ( NomborKu: Click and Bid )

TPK 3 ANGKA TPK 4 ANGKA

Hadapkan permohonan serah menggunakan borang yang dikhususkan

Permohonan serah selepas 12 bulan dari tarikh surat berjaya dikeluarkan.

Permohonan serah yang dibenarkan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak $5.00

Permohonan serah kurang daripada 12 bulan dari tarikh surat berjaya dikeluarkan.

Permohonan yang dibenarkan akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak $100.00

Caj perkhidmatan tidak akan dikembalikan (non-refundable).

4 JIKA PEMILIK TPK MENINGGAL DUNIA

Jika Pemilik TPK meninggal dunia, permohonan mestilah terlebih dahulu mendapatkan Surat Kuasa Pentadbir dan Surat Pengakuan (Statutory Declaration) daripada mahkamah.

i. Jika Serah kepada waris

yang diperakui oleh mahkamah, hanya caj perkhidmatan sebanyak $5.00 dikenakan.

ii. Jika Serah bukan kepada waris,

pentadbir mestilah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada ahli waris yang diperakui oleh mahkamah. Permohonan serah akan dikenakan yuran serah sebanyak $1,000.00 dan caj perkhidmatan sebanyak $5.00.

5 TPK JUBLI EMAS

Permohonan serah bagi TPK Jubli Emas Tiga (3) & Empat (4) Angka adalah mengikut persyaratan-persyaratan yang telah ditetapkan dan digariskan dalam surat makluman berjaya memenangi tawaran.