Text size :
ADVANCEDSEARCH
SIKAP
TransportBN
SPD / GOV.BN
Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan orang ramai bahawa keputusan Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi satu (1), dua (2), tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBL melalui 1-Week Bid akan diumumkan melalui laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn pada hari Selasa, 2 Disember 2025.
Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan orang ramai bahawa keputusan Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi satu (1), dua (2), tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBL melalui Click-and-Bid akan diumumkan melalui laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn pada hari Khamis, 20 November 2025.
Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi satu (1), dua (2), tiga (3) dan empat (4) angka (1-9999) Siri BBL akan dibukakan melalui NomborKu: Click-and Bid selama dua (2) minggu mulai hari Selasa, 4 November 2025 hingga hari Isnin, 17 November 2025.
Jabatan Pengangkutan Darat sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa tarikh tutup bagi Request For Information (RFI) bagi projek DriveBN: Digitalisation of Land Transport adalah dilanjutkan sehingga Hari Selasa, 5 Ogos 2025 sebelum jam 2.00 petang