Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Khamis, 15 Zulhijjah 1446 / 12 Jun 2025 – “NOMBORKU – CLICK & BID” BAGI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN BAGI SATU (1) DAN DUA (2)

​​

Khamis, 15 Zulhijjah 1446 / 12 Jun 2025 - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi Satu (1) dan Dua (2) Angka akan dibukakan melalui NomborKu: Click-and Bid selama dua (2) minggu mulai hari Sabtu, 14 Jun 2025 hingga hari Jumaat, 27 Jun 2025.

 

Penyertaan bagi tawaran tertutup ini akan dilaksanakan melalui laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn. Senarai siri-siri TPK yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

KH BACBAHBAMBASBAWBBA
BUBAEBAJBANBATBAXBBB
BAABAFBAKBAPBAUBAYBBC
BABBAGBALBAQBAVBAZBBD

 

Sukacita juga dimaklumkan kepada orang ramai bahawa Harga Tawaran Minima, Caj Penyertaan Tawaran dan Caj Perkhidmatan bagi setiap tawaran TPK adalah seperti berikut:

 

TPKHarga Tawaran MinimaCaj Penyertaan Tawaran*

Caj Perkhidmatan

(Non-Refundable)

1 Angka$5,000.00$1,000.00$25.00
2 Angka$2,500.00$500.00$25.00

 

Nota:  *Caj Penyertaan Tawaran akan dikembalikan bagi penender yang tidak berjaya dalam tawaran tertutup. Bagi tujuan pembayaran balik, penender yang tidak berjaya dikehendaki untuk mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pembayaran Balik (refund) dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang dikehendaki. Tempoh pembayaran balik Caj Penyertaan Tawaran bagi Penender yang tidak berjaya akan mengambil masa 30 hari waktu bekerja setelah Jabatan menerima permohonan.

 

 

 

 

 

Pembayaran Caj Penyertaan Tawaran dan Caj Perkhidmatan bagi setiap tawaran TPK boleh dibuat melalui dua (2) kaedah berikut:

 

        i.          Pembayaran secara dalam talian (online);

    • mempunyai alamat e-mel yang aktif;
    • mempunyai Kad Pembayaran (sama ada Kad Debit atau Kad Kredit) yang sah.

 

      ii.          Pembayaran secara tunai melalui kaunter perkhidmatan;

    • mempunyai alamat e-mel yang aktif;
    • membuat pembayaran bagi mendapatkan Kod Baucar di kaunter-kaunter perkhidmatan JPD (kecuali Kompleks Litar Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar);
    • mengakses laman sesawang NomborKu www.nomborku.gov.bn untuk melengkapkan penyertaan tawaran dengan memasukkan Kod Baucar.

 

Bagi keterangan lanjut mengenai Click-and-Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 7181641 (WhatsApp) atau e-mel ke hello@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

 

-TAMAT-

 

 

Dikeluarkan oleh

Jabatan Pengangkutan Darat

Khamis, 15 Zulhijjah 1446 | 12 Jun 2025


Attachments