Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Isnin, 11 Muharram 1447H | 7 Julai 2025M - PANCINGAN DATA MELALUI TEKS PESANAN RINGKAS DAN PAUTAN LAMAN SESAWANG

Isnin, 11 Muharram 1447H | 7 Julai 2025M – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan kepada orang ramai khususnya pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan Jabatan ini bahawa hantaran mellaui teks pesanan ringkas atau SMS dan juga pautan laman sesawang di dalam SMS berkenaan adalah tidak benar. Jabatan ini tidak pernah mengeluarkan sebarang pesanan ringkas atau SMS mengenai perkara tersebut kepada pelanggan untuk mana-mana perkhidmatan yang sedia ada.

 

Sehubungan itu Jabatan ini menasihatkan orang ramai khususnya pelanggan-pelanggan untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan Penipuan Dalam Talian:-

 

FIKIR

  • Tanya diri sendiri sama ada kandungan mesej-mesej itu adalah logik dan berpatutan?
  • Jangan cepat percaya dengan mesej-mesej yang diterima.
  • Jangan klik mana-mana pautan yang tidak dijangka yang diterima oleh SMS, WhatsApp, atau media sosial.

     

    PASTIKAN
  • Semak dan pastikan sama ada pautan laman sesawang adalah betul-betul sepadan dengan alamat web rasmi Jabatan Pengangkutan Darat.
  • Mendapatkan pengesahan terlebih dahulu dengan Jabatan Pengangkutan Darat untuk sebarang perkara yang meragukan berkaitan Jabatan ini.

     

    NASIHAT
  • Jangan berikan maklumat peribadi atau sulit kepada sesiapa sahaja yang anda tidak kenali.
  • Pastikan untuk menyemak dan membuat pengesahan terlebih dahulu untuk sebarang perkara yang melibatkan perkongsian maklumat peribadi yang berkaitan dengan Jabatan ini.
  • Jika ada mesej, e-mel atau laman sesawang yang kelihatan mencurigakan, orang ramai bolehlah mengubungi atau merujuk mana-mana pihak yang tertentu, seperti membuat laporan ke pejabat Polis Diraja Brunei atau melalui BruCERT di talian +6732458001 atau melalui e-mel reporting@brucert.org.bn

     

     
    -TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Pengangkutan Darat

Isnin, 11 Muharram 1447H | 7 Julai 2025M


Attachments