Change Ownership
(Jabatan Pengangkutan Darat)
Learn the requirements and process for changing vehicle ownership.
Proses Permohonan Tukar Milik
Isi Permohonan Tukar Milik yang boleh diperolehi melalui laman sesawang JPD di www.jpd.gov.bn atau di kaunter penyambut tetamu.
Pemohon membuat pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC), JPD atau di Stesen-Stesen Pemeriksaan Kenderaan (VIS) yang terpilih dan diikhtiraf oleh JPD.
Laporan pemeriksaan dikeluarkan.
Menghadapkan borang permohonan, laporan pemeriksaan dan dokumen-dokumen yang berkaitan ke kaunter JPD.
Buku pendaftaran kenderaan dikemaskini kepada nama pemilik baru dan dikembalikan.
Dokumen-Dokumen Diperlukan:
- Salinan Kad Pengenalan pemilik berdaftar (penyerah) dan pemilik baru (penerima) dengan menandatanganinya.
- Salinan lesen memandu yang sah laku untuk pemilik baru (penerima) dengan menandatanganinya.
- Buku / Kad pendaftaran kenderaan dan salinan.
- Laporan pemeriksaan kenderaan dari VIS yang terpilih dan diiktiraf oleh JPD.
- Insuran kenderaan atas pemilik baru.
- Surat tuntutan pinjaman atau pembatalan pinjaman dari pihak institusi kewangan (jika berkenaan).
- Memorandum kebenaran pinjaman daripada Jabatan pemohon (jika ada pinjaman kerajaan).
- Surat kebenaran tuntutan waris dari mahkamah (jika pemilik berdaftar meninggal dunia).
- Sijil perniagaan dan permit (jika berdaftar di atas nama syarikat).
- Surat asal tuntutan milik (loan) atau pembatalan milik (ceased) dari bank atau Jabatan Perbendaharaan (jika berkenaan).
- Memo pengesahan kenderaan dimiliki kedutaan daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (jika berkenaan).
- Bayaran perkhidmatan BND $5.00 bagi setiap permohonan untuk satu jenis transaksi.