Skip to content
Closed Tender for Vehicle Registration Number (VRN) Open | 14th Nov 2026

Sabtu, 4 Jamadilakhir 1448H |14 November 2026M – “NOMBORKU – CLICK AND BID” BAGI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN (TPK) SATU (1) DAN DUA (2) ANGKA

November 16, 2026

Sabtu, 4 Jamadilakhir 1448H / 14 November 2026M – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin maklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi Satu (1) dan Dua (2) Angka akan dibukakan melalui Nomborku: Click-and-Bid selama dua(2) minggu mulai hari Ahad, 15 November 2026 hingga hari Sabtu, 28 November 2026.

Penyertaan bagi tawaran tertutup ini akan dilaksanakan melalui laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn. Senarai siri-siri TPK yang ditawarkan adalah serperti berikut:

 

BBE BBF BBG BBH BBJ BBK BBM

 

Sukacita juga dimaklumkan kepada orang ramai bahawa Harga Tawaran Minima, Caj Penyertaan Tawaran, dan Caj Perkhidmatan bagi setiap tawaran TPK adalah seperti berikut:

 

TPK Harga Tawaran Minima Caj Penyertaan Tawaran* Caj Perkhidmatan

(Non-Refundable)

1 Angka $5,000.00 $1000.00 $25.00
2 Angka $2,500.00 $500.00 $25.00

 

Nota: *Caj Penyertaan Tawaran akan dikembalikan bagi penender yang tidak berjaya dalam tawaran tertutup. Bagi tujuan pembayaran balik, penender yang tidak berjaya nanti perlu megisi borang permohonan pembayaran balik (refund) dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan. Pembayaran balik Caj Penyertaan Tawaran bagi Penender yang tidak berjaya akan mengambil masa 30 hari waktu bekerja setelah Jabatan menerima permohonan pembayaran balik.

Pembayaran Caj Penyertaan Tawaran dan Caj Perkhidmatan bagi setiap tawaran TPK boleh dibuat melalui dua (2) kaedah berikut:

  1. Pembayaran secara dalam talian (online);
    • mempunyai alamat e-mel yang aktif;
    • mempunyai Kad Pembayaran (sama ada Kad Debit atau Kad Kredit) yang sah.
  2. Pembayaran secara tunai melalui kaunter perkhidmatan
    • mempunyai alamat e-mel yang aktif;
    • membuat pembayaran bagi mendapatkan Kod Baucar di kaunter-kaunter perkhidmatan JPD (kecuali Kompleks Litar Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar);
    • mangakses laman sesawang NomborKu www.nomborku.gov.bn untuk melengkapkan penyertaan tawaran dengan memasukkan Kod Baucar.

Bagi keterangan lanjut mengenai Click-and-Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn. Untuk sebarang petanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu prjabat melalui talian 7181641 (WhatsApp) atau e-mel ke hello@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh

Land Transport Department

Sabtu, 4 Jamadilakhir 1448H | 14 November 2026M