Skip to content

Sabtu, 10 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – “NOMBORKU – CLICK & BID” TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN (TPK) 1, 2, 3 DAN 4 ANGKA (1-9999) SIRI BBL

November 1, 2025

Sabtu, 10 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M –
Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi satu (1), dua (2), tiga (3) dan empat (4) angka (1-9999) Siri BBL akan dibukakan melalui NomborKu: Click-and-Bid selama dua (2) minggu mulai hari Selasa, 4 November 2025 hingga hari Isnin, 17 November 2025 melalui laman sesawang NomborKu:
www.nomborku.gov.bn.

Harga Tawaran Minima, Caj Penyertaan Tawaran dan Caj Perkhidmatan bagi tawaran TPK 1 Angka (1-9) dan 2 Angka (10-99) adalah seperti berikut:

TPK Harga Tawaran Minima Caj Penyertaan Tawaran* Caj Perkhidmatan
(Non-Refundable)
1 Angka $5,000.00 $1,000.00 $25.00
2 Angka $2,500.00 $500.00 $25.00


Nota: *Bagi TPK 1 dan 2 Angka, Caj Penyertaan Tawaran akan dikembalikan jika penender tidak berjaya. Bagi tujuan pembayaran balik (refund), penender yang tidak berjaya nanti perlu mengisi borang permohonan pembayaran balik dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan. Proses pembayaran balik Caj Penyertaan Tawaran akan mengambil masa lebih kurang dua (2) hingga ke tiga (3) bulan.

Harga Tawaran Minima dan Caj Perkhidmatan bagi TPK 3 dan 4 Angka (100-9999) pula adalah seperti berikut:

TPK Harga Tawaran Minima Caj Perkhidmatan
(Non-Refundable)
Emas (Gold) $2,000.00 $25.00
Perak (Silver) $500.00 $25.00
Gangsa (Bronze) $200.00 $25.00
Biasa (Normal) $100.00 $25.00

Pembayaran Caj Penyertaan Tawaran dan Caj Perkhidmatan bagi setiap tawaran TPK boleh dibuat melalui dua (2) kaedah berikut:

i.   Pembayaran secara dalam talian (online);

          • mempunyai alamat e-mel yang aktif;
          • mempunyai Kad Pembayaran (sama ada Kad Debit atau Kad Kredit) yang sah.

ii.   Pembayaran secara tunai melalui kaunter perkhidmatan;

          • mempunyai alamat e-mel yang aktif;
          • membuat pembayaran bagi mendapatkan Kod Baucar di kaunter-kaunter perkhidmatan JPD (kecuali Kompleks Litar Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar);
          • mengakses laman sesawang NomborKu:
            www.nomborku.gov.bn
            untuk melengkapkan penyertaan tawaran dengan memasukkan Kod Baucar.

Bagi keterangan lanjut mengenai Click-and-Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang
www.nomborku.gov.bn
atau menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 7181641 (WhatsApp) atau e-mel ke
hello@jpd.gov.bn.
Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang
www.jpd.gov.bn
dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh
Jabatan Pengangkutan Darat
Sabtu, 10 Jamadilawal 1447H | 1 November 2025