Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksJPA AME 2015 2016 03


JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

1. TAWARAN adalah dibukakan kepada kontraktor yang berdaftar di dalam Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam (Kelas I, II, III, 1V, V & VI , Sijil Pendaftaran Section 16 & 17 atau Kategori Elektrikal (E01, M03, KP04, KA01).

2. Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo perkhidmatan / pembekal / pemborong (sealed), ditulis dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar kepada alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran.

Tajuk Projek : ''The Supply, delivery, testing, training and maintenance of new Aircraft Recovery Equipment for Brunei International Airport''
Bilangan Tawaran : JPA/AME/2015-2016/03
Tender Bilngan : JPA/AME/2015-2016/FB/01 ARE
Tarikh iklan / mengambil dokumen tawaran : Bermula 18 November 2015, selama tiga (3) minggu, hari Rabu.
Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran : Tidak lewat jam 2.00 Petang, 14 Disember 2015, hari Isnin.
Tarikh tutup tawaran pada : Hingga pukul 2.00 Petang, 15 Disember 2015, hari Selasa.
Kepada :
Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil
Kementerian Perhubungan
Tingkat 4, Jalan Menteri Besar
Bandar Seri Begawan, BB3910
Negara Brunei Darussalam.

Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Perhubungan tidak lewat jam 2.00 Petang, hari Selasa, 15 Disember 2015. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

3. Iklan tawaran bolehlah dilihat melalui lama website http:/www.civilaviation.gov.bn.

4. Kontraktor yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki memperolehi dokumen- dokumen dari Bahagian Kewangan, tingkat bawah Jabatan Penerbangan Awam dengan membayar Yuran tawaran sebanyak BND500.00 (tidak dikembalikan) dan yuran e-dokumen sejumlah BND5.00 (tidak dikembalikan) bagi setiap tawaran dan pembayaran tawaran diterima pada waktu berkerja seperti berikut :

Isnin hingga Khamis
8.30 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari
1.45 Petang hingga 3.30 Petang
Sabtu,
8.30 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari
1.45 Petang hingga 3.30 Petang

5. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan.

6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.

8. Sesi taklimat tawaran (briefing) atau / dan lawatan tapak (site visit) bagi tawaran akan diadakan seperti berikut :

Pada : 23 November 2015 (hari Isnin)
Jam : 8.30 Pagi
hingga 12.00 Tengah Hari
1.45 Petang hingga 3.30 Petang

Tempat Berkumpul: Dewan Serbaguna, Bangunan Pengurusan dan Kejuruteraan Pemeliharaan Aset (AME), Jabatan Penerbangan Awam​