Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksDCA AFS2015 SH 03


JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

1. TAWARAN adalah dipelawa untuk ''PEMBEKALAN MESIN BINDING HOSE BAGI PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG - DCA/AFS/2015/SH-03''

 

2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong, ditulis dengan :

''PEMBEKALAN MESIN BINDING HOSE BAGI PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG''
Bilangan Tawaran : DCA/AFS/2015/SH-03
Tarikh Tutup : 24 Jun 2015
Kepada :
Pengerusi Jawatankuasa Sebut harga
d/a Bangunan Jabatan Penerbangan Awam
Kementerian Perhubungan
Bandar Seri Begawan, BB 2513
Negara Brunei Darussalam.

3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Jawatankuasa Sebut Harga tidak lewat jam 12.00 Tengah Hari, hari Rabu, 24 Jun 2015. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam semasa hari-hari bekerja dengan bayaran sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan).

5. Penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Pejabat Ketua Pegawai Bomba Lapangan Terbang, Jabatan Penerbangan Awam, melalui talian :

Telefon : 2330142 sambungan 1633
Faksimile : 2334776

6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.​