Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksDCA AFS2015 SH 02

​​

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

1. TAWARAN adalah dipelawa untuk ''MEMBEKAL HOSE BOMBA BAGI PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG - DCA/AFS/2015/SH-02.''

2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong, ditulis dengan :

''PEMBEKALAN HOSE BOMBA BAGI PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG''
Bilangan Tawaran : DCA/AFS/2015/SH-02
Tarikh Tutup : 24 Jun 2015
Kepada :
Pengerusi Jawatankuasa Sebut harga
d/a Bangunan Jabatan Penerbangan Awam
Kementerian Perhubungan
Bandar Seri Begawan, BB 2513
Negara Brunei Darussalam.

3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Jawatankuasa sebut harga tidak lewat jam 2.00 Petang, Hari Rabu 24 Jun 2015. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam semasa hari-hari bekerja dengan bayaran sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan).

5. Penerangan lanjut bolehlah diperolehi dari Pejabat Ketua Pegawai Bomba Lapangan Terbang, Jabatan Penerbangan Awam, melalui talian :
Telefon : 2330142 sambungan 1633
Faksimile : 2334776

6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.​