Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksDCA AFS2015 SH 01

​​​​

​JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

1. TAWARAN adalah dipelawa untuk ''PEMBAIKAN MESIN KOMPRESOR BANTUAN PERNAFASAN (B.A. COMPRESSOR) PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG, JABATAN PENERBANGAN AWAM''

2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong, ditulis dengan :

''PEMBAIKAN MESIN KOMPRESOR BANTUAN PERNAFASAN
(B.A. COMPRESSOR)
PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG,
JABATAN PENERBANGAN AWAM''

Bilangan Tawaran : DCA/AFS/2015/SH-01
Tarikh Tutup : 27 Mei 2015

Kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga
Bahagian Kewangan
Tingkat Bawah
Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam
Kementerian Perhubungan
Bandar Seri Begawan BB 2513
Negara Brunei Darussalam.

3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Jawatankuasa Sebut Harga tidak lewat jam 2.00 petang, Hari Rabu 27 Mei 2015. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam semasa hari-hari bekerja dengan bayaran sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan).

5. Penerangan yang lanjut bolehlah diperolehi dari Pejabat Ketua Pegawai Bomba Lapangan Terbang, Jabatan Penerbangan Awam, melalui talian :
Tel : 2330142 sambungan 1633 / 1646
Faksimile : 2334776

6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.​