JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
Syarat-Syarat Tawaran :
1. TAWARAN adalah dipelawa 'The supply, installation, cabling, testing, configuration and commissioning of Firewall and Login Portal System Deployment for Wifi at Brunei Internation Airport'.
2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong, dengan ditulis dengan :
'THE SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, CABLING, TESTING CONFIGURATION AND COMMISSIONING OF FIREWALL AND LOGIN PORTAL SYSTEM DEPLOYMENT FOR WIFI AT BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT'.
Bilangan Sebut Harga : ATELS/2015/SH-05
Tarikh Tutup : 5 Ogos 2015 (Hari Rabu)
Kepada :
Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga
d/a Aras Bawah Bangunan Ibu Pejabat
Jabatan Penerbangan Awam
Kementerian Perhubungan
Bandar Seri Begawan, BB2513
Negara Brunei Darussalam.
3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Jawatankuasa Sebut Harga tidak lewat jam 2.00 Petang, Hari Rabu, 5 Ogos 2015. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
4. Dokumen-dokumen bolehlah diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam, iaitu semasa hari-hari bekerja (Isnin-Khamis dan Sabtu dengan bayaran sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan).
5. Penerangan-penerangan yang lanjut bolehlah diperolehi dari Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan, Jabatan Penerbangan Awam, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Negara Brunei Darussalam.
Telefon : 2330142 sambungan 1010 / 1221
Faksimile : 2333666
6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.