JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
1. TAWARAN adalah dibukakan kepada kontraktor yang berdaftar dalam Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam (Kelas I, II, III, IV, V & VI , Sijil Pendaftaran Seksyen 16 & 17 atau Kategori Elektrikal (E01, M03, KP04, KA01).
2. Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo perkhidmatan / pembekal / pemborong (sealed), ditulis dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar kepada alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran.
Tajuk Tawaran 1 :
Kerja-kerja pemotongan serta pembersihan rumput, longkang serta pokok di kawasan perumahan DCA, perumahan Bomba,
kawasan laluan kenderaan Bomba hujung landasan 21 dan kawasan hujung landasan Approach Light 03
Jabatan Penerbangan Awam bagi tempoh dua (2) tahun (24 bulan)
Bilangan Tawaran : AME/2016-2017/SH-02
Tajuk Tawaran 2 :
Kontrak bermusim bagi kerja-kerja pemotongan dan pembersihan rumput, pokok serta longkang di kawasan depan Main Apron E2 / E3 dan E3 / E4 bagi tempoh dua (2) tahun (24 bulan)
Bilangan Tawaran : AME/2016-2017/SH-03
Tajuk Tawaran 3 :
Kerja-kerja pembasmian serangga atau bintang perosak dan lain-lain (Pest Control) di Bangunan-Bangunan Jabatan Penerbangan Awam
Bilangan Tawaran : AME/2016-2017/SH-04
Tajuk Tawaran 4 :
Kerja-kerja pengendalian pembuangan dan pengutipan sampah di kawasan pembuangan sampah Jabatan Penerbangan Awam
Bilangan Tawaran : AME/2016-2017/SH-05
Tajuk Tawaran 5 :
Membekal dan memasang dua (2) unit alat penghawa dingin di Bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei
Bilangan Tawaran : AME/2016-2017/SH-06
Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran : Tidak lewat jam 2.00 Petang, 22 Februari 2016, hari Isnin.
Tarikh tutup tawaran pada : Hingga jam 2.00 Petang, 24 Februari 2016, hari Rabu.
Kepada:
Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga
d/a Tingkat Bawah Bahagian Kewangan
Ibu Pejabat Penerbangan Awam
Jabatan Penerbangan Awam Kementerian Perhubungan
Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga, Jabatan Penerbangan Awam, tidak lewat jam 2.00 Petang, pada hari Rabu, 24 Februari 2016. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
4. Iklan tawaran bolehlah dilihat melalui lama web http:/www.civil-aviation.gov.bn.
5. Kontraktor yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki memperolehi dokumen- dokumen dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Jabatan Penerbangan Awam, dengan membayar yuran dokumen sebanyak BND10.00 (hardcopy) - tidak dikembalikan bagi setiap tawaran dan pembayaran tawaran diterima pada waktu bekerja seperti berikut :
Hari Isnin hingga Khamis
8.30 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari dan 1.45 Petang hingga 3.30 Petang
Hari Sabtu : 8.30 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari
1.45 Petang hingga 3.30 Petang
6. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan.
8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.
9. Sesi taklimat tawaran (briefing) atau / dan lawatan tapak (site visit) bagi tawaran akan diadakan seperti berikut :
Pada : 17 Februari 2016 (Rabu ) atau 18 Februari 2016 (Khamis)
Jam : 8.30 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari dan 1.45 Petang hingga 3.30 Petang
Tempat Berkumpul : Dewan Serbaguna, Bangunan Kejuruteraan dan Pemeliharaan Aset (AME),
Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam.