- Garispandu ini akan direbiu dari masa ke semasa.
Rujukan : JPD/LITAR/5.8/3
Tarikh Dikemaskini : 12 Muharram 1442H / 31 Ogos 2020
![]()

![]()
Pengemaskinian Garispandu Penggunaan Pengangkutan Awam
Dalam Langkah-Langkah Pengawalan Wabak Covid-19 Bermula 18 Muharram 1442 H bersamaan dengan 7 September 2020
Pengusaha-pengusaha Pengangkutan Awam adalah dibenarkan untuk beroperasi 100% kapasiti duduk kenderaan. Walaubagaimanapun, Pengusaha Pengangkutan Awam serta penumpang-penumpang adalah masih perlu mematuhi garispandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. | |
Garispandu yang perlu dipatuhi oleh penumpang | - Mengimbas QR code Bruhealth sebelum masuk Pengangkutan awam.
Hanya Code Hijau dan Kuning sahaja dibenarkan untuk menggunakan Pengangkutan Awam;
- Pemakaian sungkup muka (face mask) ketika dalam kenderaan Pengangkutan Awam dan sepanjang perjalanan;
- Elakkan sentuhan fisikal (physical contact).
- Elakkan bersembang-sembang semasa di dalam kenderaan.
- Pemeriksaan suhu badan sebelum menaiki kenderaan.
- Bagi penumpang bas, hendaklah duduk sepanjang perjalanan.
|
Garispandu yang perlu dipatuhi oleh Pengusaha, Pemandu dan Konduktor: | 1.Pengusaha –pengusaha hendaklah meyediakan BruHealth QR Code di pintu dan dalam kenderaan;
2.Pemandu (dan Konduktor) hendaklah memakai sungkup muka (face mask) ketika bertugas di dalam kenderaan Pengangkutan Awam;
3.Elakkan sentuhan fisikal (physical contact).
4.Elakkan bersembang-sembang semasa di dalam kenderaan
5.Hendaklah memeriksa suhu badan setiap penumpang sebelum masuk kenderaan dan tidak membenarkan masuk mana-mana penumpang yang kurang sihat atau mempunyai sebarang simptom pernafasan;
6.Menyediakan cecair pembersih tangan (hand sanitizers), tisu kertas tangan pakai buang dan tong sampah di dalam Pengangkutan dan bas awam;
7.Pemandu Pengangkutan awam (dan kondaktor bas) hendaklah sentiasa membersihkan semua permukaan di dalam kenderaan yang sering disentuh oleh penumpang seperti tempat duduk dan rel tangan (hand rails) dan sebagainya;
8.Pemandu (dan konduktor bas) perlu sentiasa mencuci tangan; dan
9.Jendela bagi Pengangkutan Awam adalah disarankan untuk dibuka semasa membawa penumpang.
10.Pemandu (dan Konduktor bas) adalah disarankan untuk tidak menerima penumpang-penumpang melebihi kapasiti tempat duduk dan tidak menerima penumpang tambahan untuk berdiri dalam bas-bas pengangkutan awam di sepanjang perjalanan
|
Jika terdapat tanda-tanda demam, selsema atau jangkitan COVID-19, maka individu berkenaan tidak dibenarkan untuk menaiki kenderaan dan disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan sebarang nasihat sebelum pulang ke rumah.
Jabatan Pengangkutan Darat dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomuniksi (MTIC) juga ingin mengingatkan kepada Pengusaha-Pengusaha Pengangkutan Awam yang didapati tidak mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan adalah boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.
Dalam pada itu adalah dipohonkan kerjasama dari semua Pengusaha-Pengusaha Pengangkutan Awam dan orang ramai untuk sentiasa memberikan kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab sosial bagi mengurangkan risiko jangkitan dan juga mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.
![]()
![]()

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD)
Pengemaskinian Garispandu Penggunaan Pengangkutan Awam
dalam Langkah-Langkah Pengawalan Wabak COVID-19
Bermula 21 Zulhijjah 1441 bersamaan dengan bersamaan 17 Ogos 2020M
Merujuk Advisory For Safe Use Of Public Facilities And Other Venues During Covid-19 (effective 19 March 2020) Kementerian Kesihatan dan siaran akhbar JPD mengenai Penggunaan Bru-Health bagi Pengangkutan Awam pada 15 Jun 2020, berikut adalah pengemaskinian garispandu bagi penggunaan Pengangkutan awam semasa wabak COVID 19 dan akan berkuatkuasa bermula pada Hari Isnin, 17 Ogos 2020:
1. Pengusaha-pengusaha Pengangkutan Awam adalah dibenarkan untuk beroperasi 100% kapasiti duduk kenderaan daripada 50 % sebelumnya.
2. Garispandu yang perlu dipatuhi oleh penumpang:
- Mengimbas QR code Bruhealth sebelum masuk Pengangkutan awam;
- Hanya Code Hijau dan Kuning sahaja dibenarkan untuk menggunakan Pengangkutan Awam;
- Pemeriksaan suhu badan sebelum menaiki kenderaan;
- Pemakaian sungkup muka (face mask) ketika dalam kenderaan Pengangkutan Awam;
- Elakkan sentuhan fisikal (physical contact);
- Elakkan bersembang-sembang semasa di dalam kenderaan; dan
- Bagi penumpang bas, hendaklah duduk semasa kenderaan bergerak.
3. Garispandu yang perlu dipatuhi oleh Pengusaha, Pemandu dan Konduktor
- Pengusaha –pengusaha hendaklah meyediakan BruHealth QR Code di pintu dan dalam kenderaan;
- Pemandu (dan Konduktor bas) hendaklah memakai sungkup muka (face mask) ketika bertugas di dalam kenderaan Pengangkutan Awam;
- Elakkan sentuhan fisikal (physical contact).
- Elakkan bersembang-sembang semasa di dalam kenderaan
- Hendaklah memeriksa suhu badan setiap penumpang sebelum masuk kenderaan dan tidak membenarkan masuk mana-mana penumpang yang kurang sihat atau mempunyai sebarang simptom pernafasan;
- Menyediakan cecair pembersih tangan (hand sanitizers), tisu kertas tangan pakai buang dan tong sampah di dalam Pengangkutan dan bas awam;
- Pemandu Pengangkutan awam (dan conductor bas) hendaklah sentiasa membersihkan semua permukaan di dalam kenderaan yang sering disentuh oleh penumpang seperti tempat duduk dan rel tangan (hand rails) dan sebagainya;
- Pemandu (dan conductor bas) perlu sentiasa mencuci tangan; dan
- Jendela bagi Pengangkutan Awam adalah disarankan untuk dibuka semasa membawa penumpang
- Pemandu (dan Konduktor bas) adalah disarankan untuk tidak menerima penumpang-penumpang melebihi kapasiti tempat duduk dan tidak menerima penumpang tambahan untuk berdiri dalam bas-bas pengangkutan awam di sepanjang perjalanan.
Jika terdapat tanda-tanda demam, selsema atau jangkitan COVID-19, maka individu berkenaan tidak dibenarkan untuk menaiki kenderaan dan disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan sebarang nasihat sebelum pulang ke rumah.
Jabatan Pengangkutan Darat dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomuniksi (MTIC) juga ingin mengingatkan kepada Pengusaha-Pengusaha Pengangkutan Awam yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.
Dalam pada itu adalah dipohonkan kerjasama dari semua Pengusaha-Pengusaha Pengangkutan Awam dan orang ramai untuk sentiasa memberikan kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab sosial bagi mengurangkan risiko jangkitan dan juga mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.
GARISPANDU PENGANGKUTAN AWAM DAN LATIHAN & UJIAN MEMANDU SEMASA WABAK PANDEMIK COVID-19
Garispandu Sekolah Memandu.pdf
Jenis Kelas |
Garispandu yang Perlu Dipatuhi oleh Sekolah-Sekolah Memandu |
A. Latihan atau Ujian Teori Kod Jalan Raya atau High Way Code (HWC) Classes.
| - Menghadkan jumlah penuntut dalam satu-satu sesi kepada tidak melebihi 60% sahaja daripada kapasiti biasa ruang bilik kelas (normal capacity).
- Mengisi borang deklarasi kesihatan yang membolehkan pengesanan kontek (contact tracing) jika diperlukan, iaitu dengan mengambil maklumat kehadiran yang lengkap seperti nama, nombor telefon dan sebagainya sebelum latihan dan ujian memandu dijalankan.
- Sekolah-sekolah Memandu hendaklah mengamalkan langkah-langkah mencegah jangkitan Covid-19 seperti berikut :-
- Mengadakan penyukat panas badan (body temperature check) dan memastikan penyukatan terhadap Jurulatih dan Peserta sebelum memulakan kelas. Jika panas badan (body temperature) Jurulatih atau Peserta adalah melebihi 37℃ paras biasa suhu badan (normal body temperature) atau terdapat tanda-tanda demam atau selesma atau jangkitan Covid-19, maka Jurulatih atau Peserta adalah dikategeorikan berisiko tinggi (high risk) untuk mengikuti latihan dan kelas latihan. Jurulatih atau Peserta adalah tidak dibenarkan untuk menjalankan atau menghadiri kelas latihan. Jurulatih atau Peserta berkenaan hendaklah meninggalkan tempat latihan dengan serta merta dan disarankan untuk berjumpa Doktor untuk sebarang nasihat sebelum pulang ke rumah.
- Memastikan penjarakan fisikal atau sosial (Physical or Social Distancing) semasa mengendalikan kelas latihan iaitu jarak tempat duduk sekurang-kurangnya 1 - 2 meter diantara satu peserta latihan dengan yang lain.
- Mengadakan tanda seperti pelekat di atas lantai atau di tempat duduk
- Menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan memastikan pemakaiannya mengikut saranan oleh Kementerian Kesihatan.
- Mengadakan penutup mulut dan hidung 'face mask' dan memastikan pemakaiannya mengikut saranan oleh Kementerian Kesihatan.
- Mengelakkan sentuhan fizikal (physical contact).
- Mengamalkan kebersihan diri bagi Jurulatih dan Peserta.
- Memastikan kebersihan persekitaran premis Sekolah Memandu dan kelas :-
- Penyediaan kemudahan bilik air yang bersih dan mencukupi, tempat membasuh tangan beserta sabun, tuala pakai buang atau tisu, dan tong-tong sampah yang bertutup.
- Memastikan pengalihudaraan atau ventilasi yang baik (ventilation). Disarankan untuk menggunakan kipas dan membuka tingkap jika perlu.
- Menyediakan langkah-langkah yang membolehkan pengesanan kontek (contact tracing) :-
- Sekolah-sekolah Memandu adalah dikehendaki untuk menggunakan Bru-Health bagi mengesan Jurulatih dan Peserta. Jurulatih dan Peserta hanya dibenarkan memasuki kelas jika mempunyai kod penilaian berwarna hijau atau kuning sahaja. Oleh yang demikian, sekolah-sekolah memandu dimestikan untuk mendaftar QR Code Bru-Health untuk dipamerkan di pintu hadapan sekolah.
- Mengambil maklumat kehadiran yang lengkap seperti nama, nombor telefon dan sebagainya.
- Garispandu ini akan direbiu dari masa ke semasa.
|
B.
Latihan atau Ujian Praktikal Memandu | 1.Menghadkan jumlah penuntut dalam satu-satu sesi kepada tidak melebihi 60% sahaja daripada had biasa latihan atau ujian praktikal memandu (normal limit).
2.Mengisi borang deklarasi kesihatan (health declaration form) yang membolehkan pengesanan kontek (contact tracing) jika diperlukan, iaitu dengan mengambil maklumat kehadiran yang lengkap seperti nama, nombor telefon dan sebagainya sebelum latihan dan ujian memandu dijalankan.
3.Sekolah-sekolah Memandu hendaklah mengamalkan langkah-langkah mencegah jangkitan Covid-19 seperti berikut :- - Mengadakan penyukat panas badan (body temperature check) dan memastikan penyukatan terhadap Jurulatih/Pegawai Penguji atau Calon sebelum memulakan latihan atau ujian praktikal memandu. Jika panas badan (body temperature) Jurulatih/Pegawai Penguji atau Calon adalah melebihi 37℃ paras biasa suhu badan (normal body temperature) atau terdapat tanda-tanda demam atau selesma atau jangkitan Covid-19, maka Jurulatih atau Peserta adalah dikategeorikan berisiko tinggi (high risk) untuk mengikuti latihan atau ujian memandu. Jurulatih atau Peserta adalah tidak dibenarkan untuk menjalankan atau menghadiri latihan atau ujian memandu. Jurulatih atau Peserta berkenaan hendaklah meninggalkan tempat latihan atau ujian memandu dengan serta merta dan disarankan untuk berjumpa Doktor untuk sebarang nasihat sebelum pulang ke rumah.
4.Memandangkan penjarakan fisikal atau social (Physical or Social Distancing) semasa mengendalikan latihan memandu di antara Jurulatih/Pegawai Penguji atau Calon adalah sukar untuk memenuhi jarak 1 - 2 meter, maka perkara-perkara berikut hendaklah diambil :-
- Menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan memastikan pemakaiannya mengikut saranan oleh Kementerian Kesihatan.
- Mengadakan penutup mulut dan hidung 'face mask' dan memastikan pemakaiannya mengikut saranan oleh Kementerian Kesihatan.
- Mengelakkan sentuhan fizikal (physical contact).
- Mengamalkan kebersihan diri bagi Jurulatih dan Calon.
- Memastikan pengalihudaraan atau ventilasi yang baik (ventilation). Disarankan untuk membuka tingkap kenderaan.
- Kenderaan latihan atau ujian hendaklah dibersihkan dan disinfeksi sebelum dan selepas digunakan terutamanya di bahagian permukaan alat-alat kenderaan yang sering disentuh/ dipegang seperti stereng, kerusi, gear, brek tangan, pemegang pintu (door handle).
- Selepas digunakan, kenderaan latihan atau ujian hendaklah direhatkan selama 15 minit sebelum digunakan semula untuk latihan atau ujian memandu dengan membuka semua pintu-pintu kenderaan untuk pengaliran udara.
- Menyediakan langkah-langkah yang membolehkan pengesanan kontek (contact tracing). Sekolah-sekolah Memandu adalah dikehendaki untuk menggunakan Bru-Health bagi mengesan Jurulatih/Pegawai Penguji atau Calon. Jurulatih/Pegawai Penguji atau Calon hanya dibenarkan memasuki kelas jika mempunyai kod penilaian berwarna hijau atau kuning sahaja.
- Mengambil maklumat kehadiran yang lengkap seperti nama, nombor telefon dan sebagainya.
5. Garispandu ini akan direbiu dari masa ke semasa.
|

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT
Penggunaan BruHealth untuk Keselamatan Penumpang Pengangkutan Awam
Isnin, 15 Jun 2020 – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa mulai hari Isnin,
15 Jun 2020, semua kenderaan pengangkutan awam terutamanya bas-bas awam, teksi dan perkhidmatan
e-hailing (Dart) akan menggunakan aplikasi BruHealth bertujuan menjaga kesejahteraan dan keselamatan semua penumpang pengangkutan awam.
Para penumpang pengangkutan awam disaran mengambil tindakan-tindakan berikut: -
- Mengimbas
QR Code yang disediakan di setiap kenderaan awam sebelum menaiki kenderaan dan turun dari kenderaan;
- Pemandu dan konduktor bas mengimbas Kod Sendiri atau
My Code penumpang menggunakan aplikasi Premise Scan; atau
- Mengisikan borang deklarasi kesihatan secara bertulis jika perlu.
Sementara itu, semua pengusaha dan pemandu pengangkutan awam dinasihatkan mematuhi saranan Kementerian Kesihatan dengan memastikan:-
- Jumlah penumpang tidak melimpasi had kapasiti penumpang yang telah ditetapkan sekarang iaitu sebanyak 50%;
- Setiap penumpang bas awam perlu membuat penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter dan duduk secara berselang seli antara satu dengan yang lain;
- Memeriksa suhu badan setiap penumpang sebelum masuk kenderaan dan tidak membenarkan masuk mana-mana penumpang yang kurang sihat atau mempunyai sebarang simptom pernafasan;
- Menyediakan cecair pembersih tangan
(hand sanitizers), tisu kertas tangan pakai buang dan tong sampah di dalam bas awam;
- Pemandu dan kondaktor bas hendaklah sentiasa membersihkan semua permukaan di dalam bas yang sering disentuh oleh penumpang seperti tempat duduk dan rel tangan (hand rails); dan
- Pemandu dan konduktor bas perlu sentiasa mencuci tangan dan tidak bertugas jika kurang sihat.
JPD mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pengusaha dan penumpang pengangkutan awam demi menjaga kebersihan dan kesihatan dalam usaha bersama membendung wabak COVID-19 di negara ini.
Haji Rozaly bin Haji Saidon
Pengarah Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi