Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Sabtu, 10 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M - “NOMBORKU - CLICK & BID” TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN (TPK) 1, 2, 3 DAN 4 ANGKA (1-9999) SIRI BBL

​​​

Sabtu, 10 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi satu (1), dua (2), tiga (3) dan empat (4) angka (1-9999) Siri BBL akan dibukakan melalui NomborKu: Click-and Bid selama dua (2) minggu mulai hari Selasa, 4 November 2025 hingga hari Isnin, 17 November 2025 melalui laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn.

 

Harga Tawaran Minima, Caj Penyertaan Tawaran dan Caj Perkhidmatan bagi tawaran TPK 1 Angka (1-9) dan 2 Angka (10-99) adalah seperti berikut:

 

TPKHarga Tawaran MinimaCaj Penyertaan Tawaran*

Caj Perkhidmatan

(Non-Refundable)

1 Angka$5,000.00$1,000.00$25.00
2 Angka$2,500.00$500.00$25.00

 

Nota:  *Bagi TPK 1 dan 2 Angka, Caj Penyertaan Tawaran akan dikembalikan jika penender tidak berjaya.. Bagi tujuan pembayaran balik (refund), penender yang tidak berjaya nanti perlu mengisi borang permohonan pembayaran balik dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan. Proses pembayaran balik Caj Penyertaan Tawaran akan mengambil masa lebih kurang dua (2) hingga ke tiga (3) bulan.

 

Harga Tawaran Minima dan Caj Perkhidmatan bagi TPK 3 dan 4 Angka (100-9999) pula adalah seperti berikut:

 

TPKHarga Tawaran Minima

Caj Perkhidmatan

(Non-Refundable)

Emas (Gold)$2,000.00$25.00
Perak (Silver)$500.00$25.00
Gangsa (Bronze)$200.00$25.00
Biasa (Normal)$100.00$25.00

 

 

 

 

 

Pembayaran Caj Penyertaan Tawaran dan Caj Perkhidmatan bagi setiap tawaran TPK boleh dibuat melalui dua (2) kaedah berikut:

 

        i.          Pembayaran secara dalam talian (online);

    • mempunyai alamat e-mel yang aktif;
    • mempunyai Kad Pembayaran (sama ada Kad Debit atau Kad Kredit) yang sah.

 

      ii.          Pembayaran secara tunai melalui kaunter perkhidmatan;

    • mempunyai alamat e-mel yang aktif;
    • membuat pembayaran bagi mendapatkan Kod Baucar di kaunter-kaunter perkhidmatan JPD (kecuali Kompleks Litar Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar);
    • mengakses laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn untuk melengkapkan penyertaan tawaran dengan memasukkan Kod Baucar.

 

Bagi keterangan lanjut mengenai Click-and-Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn atau menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 7181641 (WhatsApp) atau e-mel ke hello@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

 

-TAMAT-

 

 

Dikeluarkan oleh

Jabatan Pengangkutan Darat

Sabtu, 10 Jamadilawal 1447H | 1 November 2025​


Attachments