Isnin, 21 Zulkaedah 1446H | 19 Mei 2025M – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBK akan dibukakan melalui NomborKu: 1-Week Bid mulai hari Isnin, 19 Mei 2025.
1-Week Bid angka siri BBK akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn selama satu (1) minggu iaitu mulai dari hari Isnin, 19 Mei 2025 hingga hari Ahad, 25 Mei 2025. Di sepanjang tempoh tersebut semua TPK 3 dan 4 angka siri BBK dari BBK 100 hingga BBK 9999 yang tidak mempunyai penender semasa tempoh Click and Bid yang lalu akan ditawarkan semula kepada orang ramai.
Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai tawaran bolehlah mengakses lawan sesawang NomborKu untuk pembayaran Caj Perkhidmatan berjumlah $25.00 setiap tawaran TPK secara dalam talian menggunakan kad debit atau kad kredit.
Bagi keterangan lanjut mengenai 1-Week Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn atau menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui +673 7181641 (WhatsApp) atau e-mel hello@jpd.gov.bn
-TAMAT-
Dikeluarkan oleh:
Jabatan Pengangkutan Darat
Isnin, 21 Zulkaedah 1446H | 19 Mei 2025M