Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Rabu, 2 Zulkaedah 1446 | 30 April 2025 - "NOMBORKU: CLICK AND BID" MELALUI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN BAGI TIGA (3) DAN EMPAT (4) ANGKA SIRI BBK

​Rabu, 2 Zulkaedah 1446 | 30 April 2025 - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga (3) dan empat (4) angka siri BBK iaitu dari BBK 100 hingga BBK 9999 akan dibukakan melalui NomborKu: Click-and-Bid mulai hari Khamis, 01 Mei 2025 hingga hari Rabu, 14 Mei 2025.  


Senarai TPK bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBK yang ditawarkan boleh diakses secara dalam talian melalui laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn


Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai tawaran boleh membuat pembayaran Caj Penyertaan sebanyak $25.00 bagi setiap satu (1) tawaran TPK melalui dua (2) kaedah berikut:  

i) Pembayaran secara dalam talian (online); 

  •  mempunyai Kad Debit atau Kad Kredit yang sah laku. 

ii) Pembayaran secara tunai melalui kaunter-kaunter perkhidmatan JPD; 

  •  membuat pembayaran di kaunter-kaunter perkhidmatan JPD (kecuali Kompleks Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar) bagi mendapatkan kod baucar. 
  •  Layari laman sesawang NomborKu di www.nomborku.gov.bn untuk melengkapkan penyertaan tawaran dengan memasukkan kod baucar. 
Bagi sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai NomborKu: Click-and-Bid, sila layari laman sesawang www.nomborku.gov.bn atau hubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian +673 7181641 (WhatsApp) atau e-mel hello@jpd.gov.bn  

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh: 
Jabatan Pengangkutan Darat Rabu, 2 Zulkaedah 1446H | 30 April 2025 
Attachments