Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Sabtu, 27 Syawal 1446 / 26 April 2025 - PENGUMUMAN AWAM BAGI KERJA PENYELANGGARAAN APLIKASI TRANSPORTBN

Kepada pelanggan yang dihormati, 


​​Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa kerja-kerja penyelangg​​araan aplikasi TransportBN akan dijalankan bermula pada jam 12.00 tengah malam, 27 April 2025, dan akan berterusan sehingga kerja-kerja penyelanggaraan selesai. 

Sehubungan itu, para pengguna akan mengalami gangguan akses dan perkhidmatan aplikasi yang terhad sepanjang tempoh penyelenggaraan dijalankan. Para pengguna adalah dinasihatkan untuk menggunakan portal GOV.BN sebagai alternatif bagi mengakses perkhidmatan JPD.

JPD memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran serta kerjasama awda.

-TAMAT-


Dikeluarkan oleh:
Jabatan Pengangkutan Darat
Sabtu, 27 Syawal 1446H | 26 April 2025M


Attachments