Isnin, 20 Rejab 1446H | 20 Januari 2025M – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Tawaran Tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBJ melalui akan dibukakan melalui NomborKu: 1-Week Bid mulai hari Isnin, 20 Januari 2025.
1-Week Bid bagi TPK tiga (3) dan empat (4) angka siri BBJ akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang Nomborku: www.nomborku.gov.bn selama satu (1) minggu iaitu mulai dari hari Isnin, 20 Januari 2025 hingga hari Ahad, 26 Januari 2025. Dalam tempoh tersebut semua TPK 3 dan 4 angka siri BBJ iaitu dari BBJ 100 hingga BBJ 9999 yang tidak mempunyai penender semasa tempoh Click and Bid yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibukakan semula kepada orang ramai.
Dalam pada itu, sukacita memaklumkan orang ramai untuk menyediakan e-mel yang aktif dan juga kad pembayaran (kad debit / kad kredit) untuk membuat bayaran berjumlah $25.00 bagi caj perkhidmatan bagi setiap satu tawaran TPK secara dalam talian.
Bagi keterangan lanjut mengenai 1-Week Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui +673 7181641 (WhatsApp) atau e-mel hello@jpd.gov.bn . Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.
-TAMAT-
Dikeluarkan oleh:
Jabatan Pengangkutan Darat
Isnin, 20 Rejab 1446H | 20 Januari 2025M