Kepada pelanggan yang dihormati,
Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan bahawa, disebabkan oleh kerja-kerja penaiktarafan dijalankan ke atas sistem TransportBN pada masa ini, peranti mudah alih (mobile devices) yang menggunakan iOS 18.1 akan menghadapi masalah ketidakserasian dengan aplikasi TransportBN.
Sehubungan itu, bagi pengguna yang menghadapi permasalahan ini, dinasihatkan untuk menggunakan portal GOV.BN sebagai alternatif untuk mengakses perkhidmatan JPD.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan amat menghargai kefahaman serta kerjasama awda.
-TAMAT-
Dikeluarkan oleh:
Jabatan Pengangkutan Darat
Rabu, 15 Rejab 1446H | 15 Januari 2025M