Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Isnin, 13 Rejab 1446H / 13 Januari 2025M - KEPUTUSAN TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN (TPK) TIGA (3) DAN EMPAT (4) ANGKA SIRI BBJ MELALUI “NOMBORKU – CLICK AND BID"

​Isnin, 13 Rejab 1446H | 13 Januari 2025M – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa keputusan Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBJ melalui Click-and-Bid akan diumumkan melalui laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn pada hari Selasa, 14 Januari 2025.


Semua penender yang telah mengikuti Tawaran Tertutup TPK sama ada berjaya atau sebaliknya juga akan menerima e-mel mengenai keputusan tawaran melalui e-mel yang telah didaftarkan bersama Jabatan ini.

Penender yang berjaya adalah dikehendaki untuk mematuhi terma dan syarat seperti berikut:

i. Penender yang berjaya hendaklah membayar keseluruhan harga tawaran dan mendaftarkan TPK di atas nama penender sendiri tidak lewat satu (1) bulan dari tarikh menerima Surat Berjaya;

ii. Jika penender yang berjaya gagal membuat pembayaran penuh, maka TPK yang dimenangi akan dibatalkan secara automatik dan Caj Perkhidmatan tidak akan dikembalikan.

iii. Permohonan untuk melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar TPK bolehlah dipohonkan setelah bayaran penuh dijelaskan dan dihadapkan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Berjaya dikeluarkan;

iv. Setelah pembayaran berjaya dibuat, sekiranya pemohon belum mendaftarkan TPK dan berhasrat untuk menyimpan TPK, Penahanan (Holding) TPK bolehlah dibuat dengan jumlah bayaran Penahanan sebanyak $20.00 bagi tempoh setiap satu (1) tahun Penahanan. Tempoh minima bagi Penahanan adalah satu (1) tahun dan maksima sepuluh (10) tahun, tertakluk kepada jangka masa yang dipilih bagi setiap TPK;

v. Pembayaran TPK berjaya dan Penahanan TPK boleh dilaksanakan secara dalam talian atau di mana-mana kaunter perkhidmatan JPD kecuali di Kompleks Litar Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar;

vi. Jika penender yang berjaya ingin menyerahkan TPK berkenaan, persyaratan perkhidmatan serah bagi TPK Tiga (3) dan Empat (4) angka adalah seperti berikut:

Perkhidmatan Serah TPK Tiga (3) dan Empat (4) Angka dibenarkan kepada sesiapa sahaja lebih dari satu (1) kali sama ada melalui Perkhidmatan Serah TPK sahaja atau Perkhidmatan Serah TPK melalui Tukar Milik Kenderaan;

Permohonan Serah sama ada melalui Perkhidmatan Serah TPK atau Perkhidmatan Serah Tukar Milik Kenderaan selepas tempoh 12 bulan dari tarikh Surat Berjaya dikeluarkan, permohonan yang dibenarkan akan dikenakan Caj Perkhidmatan sebanyak $5.00;

Permohonan Serah sama ada melalui Perkhidmatan Serah TPK atau Perkhidmatan Serah Tukar Milik Kenderaan kurang daripada tempoh 12 bulan dari tarikh Surat Berjaya dikeluarkan, permohonan yang dibenarkan akan dikenakan Caj Perkhidmatan sebanyak $100.00.

Bagi permohonan Serah sama ada melalui Perkhidmatan Serah TPK atau Perkhidmatan Serah Tukar Milik Kenderaan yang telah diproses dan dibenarkan, Caj Perkhidmatan tidak akan dikembalikan (non-refundable).

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) sukacita ingin mengucapkan tahniah kepada semua penender yang berjaya dan seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penender di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
Bagi sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui WhatsApp +673 7181641 atau e-mel hello@jpd.gov.bn Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

-TAMAT-


Dikeluarkan oleh:
Jabatan Pengangkutan Darat
Isnin, 13 Rejab 1446H | 13 Januari 2025M


Attachments