Hari Selasa, 24 Jamadilawal 1445 / 26 November 2024M - “NOMBORKU – CLICK AND BID” BAGI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN (TPK) SATU (1) DAN DUA (2) ANGKA
Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Tawaran Tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi satu (1) dan dua (2) angka menggunakan siri-siri TPK dua (2) dan tiga (3) abjad akan diumumkan melalui laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn pada hari Rabu, 27 November 2024.
Semua pemender yang telah mengikuti Tawaran Tertutup TPK sama ada berjaya atau sebaliknya juga akan menerima e-emel mengenai keputusan tawaran tersebut melalui e-mel yang telah didaftarkan bersama pihak Jabatan ini.
Penender yang berjaya adalah dikehendaki untuk mematuhi terma dan syarat seperti berikut:
i. Penender yang berjaya hendaklah membayar keseluruhan harga tawaran dan mendaftarkan TPK di atas nama Penender sendiri lewat satu (1) bulan dari tarikh menerima Surat Berjaya;
ii. Jika penender yang berjaya gagal membuat pembayaran, maka TPK yang dimenangi akan dibatalkan secara automatik dan Caj Penyertaan Tawaran tidak dikembalikan;
iii. Pemohon untuk melanjutkan tempoh kebenaran mendaftarkan TPK bolehlah dipohonkan setelah bayaran penuh dijelaskan dan dihadapkan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Berjaya dikeluarkan;
iv. Setelah pembayaran berjaya dibuat, sekiranya pemohon belum mendaftarkan TPK dan berhasrat untuk menyimpan TPK, Penahan (Holding) TPK bolehlah dibuat dengan jumlah bayaran Penahan sebanyak $20.00 bagi tempoh setiap satu (1) tahun Penahanan. Tempoh minima bagi Penahanan adalah satu (1) tahun dan maksima sepuluh (10) tahun mengikut jangka masa yang dipilih;
v. Pembayaran TPK berjaya dan Penahanan TPK boleh dilaksanakan melalui dalam talian atau di mana-mana kaunter Cawangan JPD kecuali Kompleks Litar Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar;
vi. Jika penender yang berjaya ingin menyerahkan TPK berkenaan, persyaratan perkhidmatan serah bagi TPK satu (1) dan dua (2) angka adalah seperti berikut:
• Perkhidmatan Serah TPK Satu (1) dan Dua (2) Angka dibenarkan kepada sesiapa sahaja;
• Perkhidmatan Serah TPK Satu (1) dan Dua (2) Angka dibenarkan untuk serah lebih dari satu (1) kali sama ada melalui Perkhidmatan Serah TPK sahaja atau Perkhidmatan Serah TPK melalui Tukar Milik Kenderaan;
• Perkhidmatan Serah TPK Satu (1) dan Dua (2) Angka akan dikenakan Caj Yuran Serah sebanyak $1,000.00 dan Caj Perkhidmatan sebanyak $100.00;
Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) sukacita ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemnender yang berjaya dan seterusnya merkamkan ucapan terima kasih kepada semua penender di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui Wahtsapp +673 7181641 atau melalui emel ke hello@jpd.gpv.bn. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.
-TAMAT -
Disediakan oleh
Jabatan Pengangkutan Darat,
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.