Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Hari Ahad, 20 Ramadhan 1445 / 31 Mac 2024 - “NOMBORKU – 1 WEEK BID” BAGI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN BAGI TIGA (3) DAN EMPAT (4) ANGKA SIRI BBG

​Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Tawaran Tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBG akan dibukakan melalui NomborKu: 1-Week Bid mulai hari Isnin, 01 April 2024.

1-Week Bid bagi TPK tiga (3) dan empat (4) angka siri BBG akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang Nomborku: www.nomborku.gov.bn, selama satu (1) minggu iaitu mulai dari hari Isnin, 01 April 2024 hingga hari Ahad, 7 April 2024.  Dalam tempoh tersebut, semua TPK 3 dan 4 angka siri BBG iaitu dari BBG 100 hingga BBG 9999 yang tidak mempunyai penender semasa tempoh Click-and-Bid yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibukakan semula kepada orang ramai.

Dalam pada itu, sukacita memaklumkan orang ramai untuk menyediakan emel yang aktif dan juga kad pembayaran (kad debit/kad kredit) untuk membuat bayaran berjumlah $25.00 bagi caj perkhidmatan bagi setiap satu tawaran TPK secara dalam talian.

Bagi keterangan lanjut mengenai 1-Week Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui 7181641 (WhatsApp) atau emel ke info.ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

-TAMAT -

Disediakan Oleh

Jabatan Pengangkutan Darat,

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. 



Attachments