Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Hari Rabu, 13 Mac 2024 - "NOMBORKU - CLICK AND BID" MELALUI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN BAGI TIGA (3) DAN EMPAT (4) ANGKA SIRI BBG

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBG akan dibukakan melalui NomborKu: Click-and-Bid mulai hari Khamis, 14 Mac 2024.


TPK bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBG akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn, selama dua (2) minggu iaitu mulai dari hari Khamis, 14 Mac 2024 hingga hari Rabu, 27 Mac 2024. Dalam tempoh tersebut, semua TPK 3 dan 4 angka Siri BBG iaitu dari BBG 100 hingga BBG 9999 akan ditawarkan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, sukacita memaklumkan orang ramai untuk menyediakan emel yang aktif dan juga kad pembayaran (kad debit/kad kredit) untuk membuat bayaran berjumlah $25.00 bagi caj perkhidmatan bagi setiap satu tawaran TPK secara dalam talian.

Bagi keterangan lanjut mengenai Click-and-Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 7181641 (WhatsApp) atau emel ke info.Itd@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

-TAMAT-

Disediakan oleh

Jabatan Pengangkutan Darat


Attachments