Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj bagi tahun 1445H/2024M. Majlis Sambutan diadakan bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Darat.
Hadirdi majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud Bin Haji Abdul Karim, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Dan Infokomunikasi.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Haji Mohd Zahid Bin Haji Mohd Zain, Imam Masjid Sufri Bolkiah Perpindahan Berakas.
Majlis seterusnya diserikan dengan Ceramah Khas sempena Isra' dan Mi'raj bagi tahun 1445H/2024M yang bertajuk "Keberkatan dan Pengajaran Dalam Kehidupan" disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pegawai Pelajaran Bahagian Kaunseling diKementerian Pendidikan.
Selain dari menyemarakkan peristiwa bersejarah Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.
Turut hadir di majlis tesebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Eksekutif, serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasidan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.
-TAMAT-
Disediakan oleh
Jabatan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi