Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Isnin, 30 Oktober 2023 - “NOMBORKU – 1 WEEK BID” BAGI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN BAGI TIGA (3) DAN EMPAT (4) ANGKA SIRI BBF

​Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Tawaran Tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBF akan dibukakan melalui NomborKu:1-Week Bid mulai hari Selasa, 31 Oktober 2023.

 

1-Week Bid bagi TPK tiga (3) dan empat (4) angka siri BBF akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang Nomborku: www.nomborku.gov.bn, selama satu (1) minggu iaitu mulai dari hari Selasa, 31 Oktober 2023 hingga hari Isnin, 6 November 2023.  Dalam tempoh tersebut, semua TPK 3 dan 4 angka siri BBF iaitu dari BBF 100 hingga BBF 9999 yang tidak mempunyai penender semasa tempoh Click-and-Bid yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibukakan semula kepada orang ramai. 

Dalam pada itu, sukacita memaklumkan orang ramai untuk menyediakan emel yang aktif dan juga kad pembayaran (kad debit/kad kredit) untuk membuat bayaran berjumlah $25.00 bagi caj perkhidmatan bagi setiap satu tawaran TPK secara dalam talian. 

Bagi keterangan lanjut mengenai 1-Week Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui 7181641 (WhatsApp) atau emel ke info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

-TAMAT -

Disediakan Oleh
Jabatan Pengangkutan Darat,
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. 




Attachments