Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Hari Jumaat, 20 Oktober 2023 - PEMINDAHAN SEMENTARA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN CAWANGAN JPD KUALA BELAIT KE CAWANGAN JPD MUMONG

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa satu insiden kebakaran pada sebahagian bangunan Cawangan JPD Kuala Belait telah berlaku pada petang tadi, hari Jumaat, 20 Oktober 2023 yang telah menjejaskan beberapa perkhidmatan di Cawangan JPD Kuala Belait.

Sehubungan itu, semua perkhidmatan di Cawangan JPD Kuala Belait akan berpindah dan beroperasi di pejabat Cawangan JPD Mumong, Daerah Belait mulai hari Sabtu, 21 Oktober 2023.

Sukacita menarik perhatian orang ramai bagi Ujian Praktikal Memandu dan Ujian Undang-Undang Kod Jalan Raya yang telah di jadualkan pada hari Sabtu, 21 Oktober 2023 dan hari-hari berikutnya di Cawangan JPD Kuala Belait, ianya adalah ditangguhkan buat sementara bagi urusan pengemaskinian dan akan diselaraskan semula pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Seterusnya, dimaklumkan bagi mana-mana urusan pengambilan dokumen (seperti dari permohonan serah dan gantung, dan sebagainya) yang telah dijadualkan pengambilan di Cawangan JPD Kuala Belait pada hari Sabtu, 21 Oktober 2023 hingga hari Sabtu, 28 Oktober 2023 adalah juga ditangguhkan buat sementara bagi urusan pengemaskinian dan akan di jadual semula pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Dalam kesempatan ini, Jabatan ini ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi mengenai perkara di atas dan sukacita ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui WhatsApp +6737181641 atau melalui emel info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

-TAMAT -

Disediakan oleh
Jabatan Pengangkutan Darat,
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.



Attachments