Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan Jabatan di bawahnya hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 1444H/2023M bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Majlis ini adalah merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasadi bawahnya, di mana pada tahun inidikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Darat.
Majlis dimulakan dengan Bacaan SurahAl-Fatihah dan Takbir Hari Raya di pimpin oleh Yang Mulia Imam Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas.
Majlis seterusnya diserikan dengan Ceramah Khas Majlis Ibadah Korban bagiTahun 1444H/2023M yang bertajuk “Yang Sampai Hanyalah Taqwa" disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Sebanyak enam(6) ekor kerbau telah dikorbankan pada majlis ibadah korban bagi Kementerian Pengangkutan dan Infolomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa di bawahnya pada tahun ini.
Hadir bagi menyempurnakan pengagihan daging-daging korban ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Daging-daging korban tersebut telah diagihkan kepada satu ratus lima puluh satu (151) penerima terdiri daripada golongan asnaf di bawah tadahan Kawasan Mukim Berakas, Daerah Brunei Muara, anak-anak yatim dan warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-JabatansertaPihak-Pihak Berkuasa di bawahnya.
Turut sama hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Hj Hairul Mohd Daud bin Hj Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Yang Mulia Awang Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta pihak-pihak berkuasa dibawahnya.
-TAMAT-
Disediakan oleh
Jabatan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan InfokomunikasiNegara Brunei Darussalam
12 Zulhijjah 1444H / 01 Julai 2023
_jpg.jpg)
_jpg.jpg)