Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Hari Isnin, 1 Mei 2023 - "NOMBORKU – CLICK AND BID” MELALUI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN BAGI TIGA (3) DAN EMPAT (4) ANGKA SIRI BBE

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBE akan dibukakan melalui NomborKu: Click-and-Bid mulai hari Isnin, 1 Mei 2023.

TPK bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBE akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang NomborKu: www.nomborku.gov.bn, selama dua (2) minggu iaitu mulai dari hari Isnin, 1 Mei 2023 hingga hari Isnin, 15 Mei 2023.  Dalam tempoh tersebut, semua TPK 3 dan 4 angka Siri BBE iaitu dari BBE 100 hingga BBE 9999 akan ditawarkan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, sukacita memaklumkan orang ramai untuk menyediakan emel yang aktif dan juga kad pembayaran (kad debit/kad kredit) untuk membuat bayaran berjumlah $25.00 bagi caj perkhidmatan bagi setiap satu tawaran TPK secara dalam talian.

Bagi keterangan lanjut mengenai Click-and-Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451990/91 atau 7181641 (WhatsApp), Talian Darussalam 123, atau emel ke info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

-TAMAT -

Disediakan Oleh

Jabatan Pengangkutan Darat,

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.


Attachments