Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Rabu, 5 April 2023 - PENGEMASKINIAN PERMOHONAN MEMBAHARUI PERMIT KENDERAAN KOMERSIL DAN PENGANGKUTAN AWAM

Rabu, 14 Ramadhan 1444 / 5 April 2023 – Dalam usaha untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) sukacita memaklumkan orang ramai khususnya kepada syarikat-syarikat pengangkutan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam mengenai pengemaskinian terkini ke atas permohonan membaharui Permit Kenderaan Komersil dan Pengangkutan Awam.

Pada masa ini, JPD sedang melaksanakan beberapa inisiatif ke arah pendigitalan perkhidmatan selaras dengan rancangan Pelan Strategik Jabatan yang mana antaralainnya termasuk permohonan membaharui permit secara dalam talian. Sebagai persediaan mendigitalkan pembaharuan permit secara dalam talian, langkah interim akan diperkenalkan mulai hari Isnin, 10 April 2023 bagi memudahkan dan mempercepatkan proses membaharui permit kenderaan.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat pengangkutan yang ingin membaharui Permit Kenderaan Komersil dan Pengangkutan Awam adalah dikehendaki untuk menghadapkan (i) borang permohonan membaharui permit; dan (ii) Sijil Asal Permit Kenderaan Komersil dan Pengangkutan Awam yang telah dikeluarkan sebelum ini sahaja. Permit yang diperbaharui akan siap pada hari yang sama. 

Orang ramai bolehlah mengakses borang permohonan membaharui permit melalui www.jpd.gov.bn atau mengimbas kod QR berikut:

Membaharui Permit.png

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451990/91, WhatsApp +6737181641 atau melalui emel info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

 

-TAMAT -

 

Disediakan oleh

Jabatan Pengangkutan Darat,

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.



Attachments