Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

CIRI BARU DI DALAM PERKHIDMATAN NOMBORKU – “NOMBOR SELARI TAWARAN TERBUKA” DAN “PENAHANAN”

Hari Rabu, 08 Sya’ban 1444 / 01 Mac 2023 – Dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi pemberian perkhidmatan Jabatan, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) sukacita memperkenalkan ciri tambahan terbaru di dalam laman sesawang Perkhidmatan NomborKu iaitu ciri “Nombor Selari Tawaran Terbuka” dan “Penahanan” secara dalam talian bermula 01 Mac 2023.

Ciri “Nombor Selari Tawaran Terbuka” yang diperkenalkan akan membolehkan orang ramai untuk memilih dan membeli Tanda Pengenalan Nombor Selari melalui proses tawaran terbuka secara langsung sepenuhnya melalui dalam talian. Seterusnya pembayaran bolehlah dibuat secara dalam talian menggunakan kad debit / kad kredit dengan jumlah $125.00 bagi bayaran pembelian dan caj perkhidmatan bagi setiap satu tawaran TPK.

Selain daripada itu, JPD juga memperkenalkan ciri “Penahanan” di mana orang ramai boleh membuat Penahanan nombor TPK secara dalam talian melalui laman sesawang NomborKu dengan kadar bayaran $20.00 bagi tempoh satu (1) tahun Penahanan. Penahanan TPK adalah proses yang membolehkan orang ramai untuk menyimpan TPK yang dimiliki jika belum didaftarkan ke atas kenderaan. Tempoh minima bagi penahanan adalah satu (1) tahun dan maksima sepuluh (10) tahun mengikut jangka masa yang dipilih bagi setiap TPK.

Perkhidmatan NomborKu adalah perkhidmatan yang diperkenalkan oleh JPD bagi orang ramai mendapatkan nombor Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) melalui proses-proses yang ditawarkan sepenuhnya melalui dalam talian. Orang ramai bolehlah mengakses ciri-ciri terbaru tersebut melalui www.nomborku.gov.bn atau mengimbas QR code berikut:

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451990/91 atau 7181641 (WhatsApp), Talian Darussalam 123, atau emel ke info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.


-TAMAT -

Disediakan Oleh

Jabatan Pengangkutan Darat,

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.​

Attachments