Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

“NOMBORKU – 1 WEEK BID” MELALUI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN BAGI TIGA (3) DAN EMPAT (4) ANGKA SIRI BBD

Hari Sabtu, 04 Sya'ban 1444 / 25 Februari 2023 Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBD akan dibukakan melalui 1-Week Bid di dalam Perkhidmatan NomborKu mulai 25 Februari 2023 bersamaan 04 Syaaban 1444.

1-Week Bid bagi TPK tiga (3) dan empat (4) angka siri BBD akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang Nomborku: www.nomborku.gov.bn, selama satu (1) minggu iaitu mulai dari hari Sabtu, 25 Februari 2023 hingga hari Jumaat, 03 Mac 2023.  Dalam tempoh tersebut, semua TPK 3 dan 4 angka siri BBD iaitu dari BBD 100 hingga BBD 9999 yang tidak mempunyai penender semasa tempoh Click-and-Bid yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibukakan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, sukacita memaklumkan orang ramai untuk menyediakan emel yang aktif dan juga kad pembayaran (kad debit/kad kredit) untuk membuat bayaran berjumlah $25.00 bagi caj perkhidmatan bagi setiap satu tawaran TPK secara dalam talian.

Bagi keterangan lanjut mengenai 1-Week Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451990/91 atau 7181641 (WhatsApp), Talian Darussalam 123, atau emel ke info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

-TAMAT -

Disediakan Oleh

Jabatan Pengangkutan Darat,

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. ​


Attachments