Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

“NOMBORKU – CLICK AND BID” MELALUI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN BAGI TIGA (3) DAN EMPAT (4) ANGKA SIRI BBD

Hari Isnin, 1 Rejab 1444 / 23 Januari 2023Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga (3) dan empat (4) angka Siri BBD akan dibukakan melalui
Click-and-Bid di bawah NomborKu mulai 24 Januari 2023.


TPK bagi tiga (3) dan empat (4) angka siri BBD akan dilaksanakan
secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang Nomborku: www.nomborku.gov.bn, selama dua (2) minggu iaitu mulai hari Selasa, 24 Januari 2023 hingga hari Selasa, 07 Februari 2023. Dalam tempoh tersebut, semua TPK 3 dan 4 angka siri BBD iaitu dari BBD 100 hingga BBD 9999 akan dibukakan kepada orang ramai.


Dalam pada itu, sukacita memaklumkan orang ramai untuk menyediakan emel yang aktif dan juga kad pembayaran (kad debit/kad kredit) untuk membuat bayaran berjumlah $25.00 bagi caj perkhidmatan bagi setiap satu tawaran TPK secara dalam talian.


Bagi keterangan lanjut mengenai
Click and Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451990/91 atau 7181641
(WhatsApp), Talian Darussalam 123, atau emel ke info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai 
boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.


-TAMAT -


Disediakan Oleh
Jabatan Pengangkutan Darat,
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Attachments