Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

CAWANGAN JABATAN PENGANGKUTAN DARAT (JPD), MUMONG
17 Jamadilakhir 1444 / 10 Januari 2023 – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa cawangan baru JPD telahpun ditubuhkan yang beralamat di Aras bawah, Pejabat Pos Kuala Belait mulai 9 Januari 2023.

Cawangan JPD, Mumong beroperasi dari 8.00 pagi hingga 3.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu. Dengan pembukaan Cawangan JPD ini, beberapa perkhidmatan JPD yang sedia ada di Cawangan JPD, Kuala Belait akan dipindahkan ke Cawangan JPD, Mumong seperti berikut:

Perkhidmatan-Perkhidmatan di Cawangan JPD, Mumong:
  1. ​​Mem​baharui Lesen Memandu;
  2. Membaharui Lesen Kenderaan (Roadtax); dan
  3. Mencetak Salinan Kad Lesen Memandu dan Pelekat Lesen Kenderaan (duplicate).​

Manakala, Cawangan JPD, Kuala Belait masih beroperasi seperti lazimnya dan akan menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

Perkhidmatan-Perkhidmatan di Cawangan JPD, Kuala Belait:
  1. ​Pendaftaran dan Perlesenan Kenderaan
  2. Gantung Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK)
  3. Penahanan dan Perkhidmatan Serah TPK
  4. Mencetak Salinan Buku/Kad Pendaftaran Kenderaan (Duplicate Blue Card / Bluebook)
  5. Tukar Milik Kenderaan
  6. Permohonan Ubahsuai Kenderaan (Tukar Enjin dan Tukar Warna)
  7. Tidak Menggunakan Kenderaan Bermotor (Non-use)
  8. Permohonan Pinjaman Kenderaan (Loan)
  9. Permohonan Pinjaman Selesai Kenderaan (Ceased)
  10. Pembatalan Pendaftaran (Kondem) Kenderaan Bermotor
  11. Permohonan Maklumat Kenderaan dan Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK)
  12. Pemeriksaan Kelayakan Motorsikal dan Kenderaan Kerajaan
  13. Endorsement Lesen Memandu
  14. International Driving Permit (IDP)

Adalah diharapkan dengan adanya penubuhan Cawangan JPD, Mumong, akan dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan Jabatan, dengan dalam masa yang sama memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

Dalam kesempatan ini, Jabatan ini ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi mengenai perkara di atas dan sukacita ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451990/91 (Ibu Pejabat) atau 333 2272 (Cawangan JPD, Kuala Belait) atau 7181641 (WhatsApp), Talian Darussalam 123, atau emel ke info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

- TAMAT -

Disediakan Oleh
Jabatan Pengangkutan Darat,
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.


Attachments