Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

SENARAI BERJAYA BAGI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN KHAS 1-ANGKA

Rabu, 20 Jamadilawal 1444 / 14 Disember 2022 – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa senarai penender yang berjaya bagi Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Khas bagi 1 Angka akan diumumkan di laman sesawang rasmi JPD di http://www.jpd.gov.bn mulai hari Khamis, 21 Jamadilawal 1444 bersamaan 15 Disember 2022.

Sehubungan ini, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang JPD bagi mengetahui keputusan tawaran masing-masing. Penender-penender yang berjaya adalah dikehendaki untuk mengambil surat berjaya masing-masing mulai hari Khamis, 15 Disember 2022 di Ibu Pejabat JPD seperti berikut:  

 Tempat Mengambil Surat BerjayaWaktu Operasi
Penender berjaya TPK Khas
1-Angka

Penyambut Tetamu,

Ibu Pejabat JPD, Gadong

8.00 hingga 11.30 pagi

dan

1.30 hingga 3.00 petang

 

Dalam pada itu, penender-penender yang berjaya adalah dikehendaki untuk mematuhi terma dan syarat Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Khas yang terkini seperti berikut:

i.      Penender-penender yang berjaya adalah dikehendaki membawa bersama kad pengenalan dan menjelaskan harga tawaran penuh di cawangan JPD yang berkenaan. TPK Khas hendaklah didaftarkan di atas nama penender sendiri dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Tawaran Berjaya iaitu 14 Januari 2023;

ii.    Permohonan untuk melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar TPK Khas bolehlah dipohonkan setelah bayaran penuh dijelaskan dan dihadapkan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Tawaran Berjaya dikeluarkan (seperti di perenggan i). Jumlah bayaran bagi melanjutkan tempoh mendaftar (holding fee) TPK adalah sebanyak $60.00 bagi tempoh tiga (3) tahun;

iii.   Penender yang berjaya dan ingin membuat permohonan serah Tanda Pengenalan Kenderaan Khas adalah tidak dibenarkan.

iv.   Penender yang gagal untuk membayar harga tawaran Tanda Pengenalan Kenderaan Khas akan disenaraihitamkan dari menyertai tawaran tertutup bagi tempoh satu (1) tahun. Oleh yang demikian, Jabatan ini berhak untuk menarik balik Tanda Pengenalan Kenderaan berkenaan dan akan menawarkan kepada orang ramai melalui tawaran terbuka (NomborKu). Sebarang wang pembayaran yang telah dibayar TIDAK akan dikembalikkan.

Dalam hubungan ini, JPD ingin mengucapkan tahniah kepada penender-penender yang berjaya dan seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penender diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451990/91, Talian Darussalam 123 atau melalui emel info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.


-TAMAT-


Disediakan oleh
Jabatan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Tarikh: 14 Disember 2022


Attachments