Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MESYUARAT ASEAN TRANSPORT FACILITATION GROUP (TFWG) KE-43 DAN MESYUARAT ASEAN TRANSIT TRANSPORT COORDINATING BOARD (TTCB) KE-14

Khamis, 3 Rabiulawal 1444 / 29 September 2022 – Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah menghadiri Mesyuarat ASEAN Transport Facilitation Group Meeting (TFWG) ke-43 yang berlangsung selama dua (2) hari dari 27 September 2022 hingga 28 September 2022 dan seterusnya menyertai mesyuarat ASEAN Transit Transport Coordinating Board (TTCB) yang ke-14 pada 29 September 2022 yang mana kedua-dua mesyuarat tersebut dilaksanakan secara dalam talian.

Delegasi Negara Brunei Darussalam semasa mesyuarat-mesyuarat tersebut telah diketuai oleh Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat dan turut disertai oleh pegawai kanan dari Jabatan Pengangkutan Darat. Kedua-dua Mesyuarat tersebut telahpun dipengerusikan oleh Republik Indonesia sementara negara Lao PDR adalah Timbalan Pengerusi Mesyuarat.

Antara agenda-agenda yang dibincangkan dalam Mesyuarat ASEAN TFWG yang ke-43 adalah seperti berikut:

  1. Susulan daripada mesyuarat ASEAN Senior Transport Officials Meeting yang ke-53 dan Mesyuarat ASEAN Coordinating bodies;
  2. Implementation of Transport Facilitation-Related Measures under KLSTP: AFAFGIT, AFAFIST, Insurance-related, ACTS, AFAMT, CBTP, Supply Chain Management;
  3. Implementation of the Sustainable Transport-related Measures under Kuala Lumpur Transport Strategic Plan (KLSTP);
  4. ASEAN New Initiatives related to Sustainable Transport;
  5. TFWG Workplan 2022-2023;
  6. Coordination with ASEAN Trade Facilitation Joint Consultative Committee (ATF-JCC);
  7. Transport Cooperation with Dialogue Partners, International Organisations and Private Sector Organisations.

Dalam pada itu, hasil Mesyuarat ASEAN TFWG ke-42 dan ke-43 seterusnya dilaporkan ke Mesyuarat ASEAN TTCB yang ke-14 yang juga dilancarkan melalui secara dalam talian. Mesyuarat ini juga membincangkan mengenai laporan terkini TTCB Overall Work Plan: Transport and Customs-Related, Sanitary and Phyto-Sanitary, Movement of Dangerous Goods in Transit Transport.

 

-TAMAT -

 

Disediakan oleh

Jabatan Pengangkutan Darat,

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 


Attachments