Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

“NOMBORKU – CLICK AND BID” MELALUI TAWARAN TERTUTUP TANDA PENGENALAN KENDERAAN BAGI SIRI BBC

Sabtu, 13 Safar 1444 / 10 September 2022 – Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah memperkenalkan proses terbaharu dalam platform NomborKu iaitu “Click and Bid” yang membolehkan orang ramai mengikuti tawaran tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan dengan menggunakan secara dalam talian dan telah dimulakan dengan Tanda Pengenalan Kenderaan siri BBC mulai hari Sabtu, 10 September 2022. 

Click and Bid adalah dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui dua (2) kaedah iaitu seperti berikut:

  • Melalui laman sesawang www.nomborku.gov.bn 
  • Melalui Cawangan JPD: Membuat pembayaran di Kaunter yang tersedia (Kaunter 25) di Cawangan-Cawangan JPD dan seterusnya membuat permohonan secara dalam talian melalui kiosk yang telah disediakan. 
Antaralain tujuan proses tersebut diperkenalkan adalah bagi mempertingkatkan proses Jabatan dalam penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai bagi memudahcara untuk mengikuti tawaran tertutup yang lebih telus dan tanpa memerlukan untuk hadir ke mana-mana cawangan JPD. Pada masa yang sama, inisiatif ini turut mendokong transformasi digital Jabatan ke arah Objektif Strategik 1: Transformasi Digital dalam Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) 2025.  

Sehubungan itu, Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan bagi tiga (3) dan empat (4) angka siri BBC adalah dibukakan kepada orang ramai menggunakan proses Click and Bid seperti berikut: 


Dalam kesempatan ini, orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengikuti tawaran tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan siri BBC secara dalam talian. Bagi keterangan lanjut mengenai Tawaran Tertutup dan proses baharu Click and Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn. 


Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451980 atau 7181641 (WhatsApp), Talian Darussalam 123, atau emel ke info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.


 -TAMAT - 


Disediakan Oleh 

Jabatan Pengangkutan Darat, 

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Attachments