Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MESYUARAT ASEAN LAND TRANSPORT WORKING GROUP (LTWG) KE-31 DAN MESYUARAT-MESYUARAT YANG BERKAITAN

Khamis, 11 Safar 1444 / 8 September 2022 – Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah menjadi Pengerusi dan Tuan Rumah bagi Mesyuarat ASEAN Land Transport Working Group (LTWG) ke-31 dan Mesyuarat ASEAN Multisector Road Safety Special Working Group (MRSSWG) ke-13 dan menyertai Mesyuarat ASEAN Highway Sub-Working Group (AHSWG) ke-20 yang telah diadakan bermula 5 hingga 8 September 2022 secara dalam talian. Mesyuarat-mesyuarat tersebut merupakan perjumpaan tahunan yang bertujuan untuk membincangkan agenda-agenda dan langkah-langkah perlaksanaan projek ASEAN yang berkaitan dengan pengangkutan darat yang telah dikenalpasti.

Mesyuarat 31st ASEAN LTWG dan juga 13th ASEAN MRSSWG telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Ridzuan bin Haji Ahmad, Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat dan disertai oleh perwakilan-perwakilan daripada Negara-Negara Ahli ASEAN dan Sekretariat ASEAN. 


Delegasi Negara Brunei Darussalam semasa mesyuarat-mesyuarat tersebut telah diketuai oleh Pemangku Timbalan Pengarah Pengangkutan Darat dan turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta wakil daripada Jabatan Kerja Raya.

Antara agenda-agenda yang dibincangkan dalam Mesyuarat ASEAN LTWG ke 31 adalah seperti berikut:

  1. Implementation of the Land Transport-related Measures under ASEAN Economic Community (AEC) Blueprint and Kuala Lumpur Transport Strategic Plan (KLSTP); 
  2. Implementation of the Sustainable Transport-related Measures under ASEAN Economic Community (AEC) Blueprint and Kuala Lumpur Transport Strategic Plan (KLSTP); 
  3. ASEAN New Initiatives related to Sustainable Transport; dan 
  4. Land Transport Working Group (LTWG) Workplan 2022-2023; 
  5. Transport Cooperation with External Parties.


Mesyuarat MRSSWG ke-13 telah membincangkan dan melaporkan perkembangan perlaksanaan tindakan berkaitan dengan keselamatan jalan raya di bawah Kuala Lumpur Transport Strategic Plan (KLTSP) dan MRSSWG Work Plan 2022 – 2023.


Manakala Mesyuarat ASEAN Highways Sub-Working Group (AHSWG) Ke-20 yang dipengerusikan oleh Thailand dan Negara Brunei Darussalam sebagai Naib Pengerusi telah membincangkan dan melaporkan perkembangan perlaksanaan tindakan berkaitan projek ASEAN Highway Network di bawah Kuala Lumpur Transport Strategic Plan (KLTSP) dan AHSWG Work Plan 2022 – 2023.


Mesyuarat-mesyuarat telah dijalankan dengan jayanya. Hasil mesyuarat-mesyuarat di atas akan dilaporkan di Mesyuarat ASEAN Senior Transport Officials Meeting (STOM) ke-53 dan Mesyuarat ASEAN Transport Ministers’ Meeting (ATM) ke-28 yang dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini.

-TAMAT - 

Disediakan oleh 

Jabatan Pengangkutan Darat, 

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Attachments