Sabtu, 02 Zulhijjah 1443 / 02 Julai 2022 – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa senarai penender yang berjaya bagi Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan bagi siri BBB akan diumumkan di laman sesawang rasmi JPD di http://www.jpd.gov.bn/senaraiberjayaBBB mulai hari Sabtu, 02 Zulhijjah 1443 bersamaan 02 Julai 2022. Sehubungan dengan ini, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang JPD bagi mengetahui keputusan tawaran masing-masing.
Dalam pada itu, penender-penender yang berjaya adalah dikehendaki untuk mematuhi terma dan syarat Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan seperti berikut:
Siri BBB 100 – 2500
Tarikh Mengambil Surat: 05 - 12 Julai 2022
**************************************************
Siri BBB 2501 – 5000
Tarikh Mengambil Surat: 13 - 20 Julai 2022
**************************************************
Siri BBB, 5001 – 7500
Tarikh Mengambil Surat: 21 - 27 Julai 2022
**************************************************
Siri BBB 7501 – 9999
Tarikh Mengambil Surat: 28 Julai - 04 Ogos 2022
**************************************************
Tempat Mengambil Surat:
Ibu Pejabat JPD, Gadong
Kaunter 13
Tempat Membayar:
Ibu Pejabat JPD, Gadong
Kaunter 14
atau
Cawangan JPD, KB
Kaunter 7
i. Penender-penender yang berjaya adalah dikehendaki membawa bersama kad pengenalan dan menjelaskan harga tawaran penuh. Tanda Pengenalan
Kenderaan hendaklah didaftarkan di atas nama penender sendiri dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Tawaran Berjaya dikeluarkan;
ii. Permohonan untuk melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar Tanda Pengenalan Kenderaan bolehlah dipohonkan setelah bayaran penuh dijelaskan dan dihadapkan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Tawaran Berjaya dikeluarkan (seperti di perenggan i). Jumlah bayaran bagi melanjutkan tempoh mendaftar (holding fee) Tanda Pengenalan Kenderan adalah sebanyak $60.00 bagi tempoh tiga (3) tahun;
iii. Tanda Pengenalan Kenderaan yang sudah dibayar boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja dengan bayaran perkhidmatan sebanyak $5.00 sahaja; dan
iv. Penender yang gagal untuk membayar harga tawaran Tanda Pengenalan Kenderaan yang ditawarkan akan dibatalkan dan disenaraihitamkan dari menyertai tawaran tertutup bagi tempoh satu (1) tahun dan Tanda Pengenalan Kenderaan akan ditawarkan semula.
Dalam hubungan ini, JPD ingin mengucapkan tahniah kepada penender-penender yang berjaya dan seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penender di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451980, WhatsApp +6737181641, Talian Darussalam 123 atau melalui emel info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.
Jabatan Pengangkutan Darat
Tarikh: 2 Julai 2022