Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

CIRI “BUY NOW” DI DALAM PERKHIDMATAN NOMBORKU JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

​Rabu, 8 Zulkaedah 1443 / 8 Jun 2022 – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa ciri “Buy Now” telah ditambah di dalam perkhidmatan NomborKu sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan kepada perkhidmatan laman info yang memaparkan senarai bilangan pendaftaran kenderaan yang boleh dipohonkan melalui Tawaran Terbuka.

Sejak dilancarkan pada 24 Februari 2021, perkhidmatan NomborKu memudahcarakan orang ramai untuk mengikuti dan merujuk nombor-nombor bilangan pendaftaran kenderaan yang ditawarkan secara terbuka.

Sehubungan di atas, dalam usaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan tersebut, JPD telah memperkenalkan ciri “Buy Now” yang membolehkan orang ramai untuk membeli dan memiliki nombor bilangan pendaftaran kenderaan yang dipilih secara langsung melalui laman sesawang web: www.jpd.gov.bn/Nomborku. Penender yang berjaya akan menerima resit berbentuk digital melalui emel sebagai pengesahan pembelian tanpa perlu berurusan di kaunter JPD.

Di kesempatan ini, JPD ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan maklumbalas yang telah diberikan. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451980 atau 7181641 (WhatsApp), Talian Darussalam 123, atau emel ke info_ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

 Jabatan Pengangkutan Darat 

Tarikh: 8 Jun 2022


********************


Wednesday, 8 Zulkaedah 1443 / 8 June 2022 – Land Transport Department (JPD), Ministry of Transport and Infocommunications (MTIC) would like to inform the public that an additional “Buy Now” feature has been added to Nomborku, that is, JPD’s website displaying a list of Vehicle Registration Number that can be purchased through Open Tender. 

Since its launching on 24 February 2021, Nomborku has enabled the public to view and refer Vehicle Registration Number that is available through Open Tender.

With that, as part of JPD’s initiative to enhance public services, JPD has introduced the “Buy Now” feature that enables the public to buy and own their selected Vehicle Registration Number on a real-time basis through the website: www.jpd.gov.bn/NomborKu. Succesful tenderers will receive their digital receipt through their email as verification without going through JPD counters.

JPD would like to take this opportunity to thank the public for your cooperation and feedback. For any inquiries, the public can contact JPD during office hours at 2451980 or 7181641 (WhatsApp), Darussalam Line 123, or email to info_ltd@jpd.gov.bn. The public can also visit the website www.jpd.gov.bn and Instagram @jpd.bn for more information.

Land Transport Department 

Date: 8 Jun 2022

Attachments