Peringatan:
i. Sesiapa yang didapati melanggar atau ingkar arahan yang telah dikeluarkan, maka ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit (Penggal 204) yang mana jika didapati bersalah boleh membawa denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga tempoh 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
ii. Adalah menjadi kesalahan di bawah Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) jika didapati memberikan maklumat palsu.