Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi satu (1), dua (2), tiga (3) dan empat (4) angka (1-9999) Siri BBL akan dibukakan melalui NomborKu: Click-and Bid selama dua (2) minggu mulai hari Selasa, 4 November 2025 hingga hari Isnin, 17 November 2025.