Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PELANCARAN PROJEK RINTIS KENDERAAN ELEKTRIK

Khamis, 18 Mac 2021 – Bagi mendokong ke arah matlamat Strategy 3: Electric Vehicles di bawah Brunei Darussalam National Climate Change Policy, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bersama Kementerian Tenaga (ME) dengan kerjasama Brunei Climate Change Secretariat (BCCS) akan melancarkan satu projek rintis Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle – EV) selama dua (2) tahun.

Antaralain objektif bagi pelaksanaan projek rintis berkenaan adalah:

  1. Bagi memberikan pendedahan berhubung dengan trend teknologi permotoran dengan penggunaan kenderaan elektrik, kelebihan-kelebihan pengunaan kenderaan elektrik dan peralatan pengecasan  kenderaan elektrik;
  2. Bagi memahami sambutan orang ramai serta bersiap sedia untuk peralihan dari kenderaan konvensional yang menggunakan enjin berkuasa minyak ke EV di negara ini;
  3. Menilai kebolehlaksanaan penjualan di pasaran domestik dan kesediaan para pengguna EV; dan
  4. Membuat penilaian dan kajian terhadap data yang diperolehi dari hasil projek rintis bagi tujuan persiapan dari segi keperluan dan prasarana yang berkaitan dengan EV.

Hasil dari projek rintis ini juga akan dapat menilai jika ada alternatif-alternatif lain selain daripada EV untuk dilaksanakan di jangkamasa panjang menjelang tahun 2035.

Sehubungan dengan itu, Majlis Pelancaran Projek Rintis Kenderaan Elektrik akan dikendalikan pada hari Khamis, 25hb Mac 2021 di Bridex Hall 2, Jerudong selama empat (4) hari bermula dari 25 Mac hingga 28 Mac 2021, iaitu dari jam 10 pagi sehingga 9 malam setiap hari, kecuali hari Jumaat iaitu dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 9 malam.

Beberapa aktiviti akan diadakan sepanjang majlis pelancaran berkenaan termasuk :

  1. Mini simposium yang akan disampaikan oleh beberapa agensi Kerajaan dan Persatuan-Persatuan berkenaan khususnya mengenai inisiatif dan perancangan masa depan EV;
  2. Pameran kenderaan EV dan kenderaan hijau (green vehicle), syarikat dalam industri minyak dan gas, syarikat-syarikat teknologi dan kehidupan digital (digital living) serta financing companies;
  3. Aktiviti pandu uji (test drive) bagi kenderaan elektrik EV;
  4. Kajiselidik mengenai kesedaran dan sambutan orang ramai terhadap EV di Negara ini; dan
  5. Kuiz dan games oleh agensi-agensi Kerajaan, persatuan-persatuan dan agensi-agensi swasta yang berkenaan.

 

Inisiatif ini juga akan didokong dengan sokongan dan kerjasam dari Agensi bukan Kerajaan dan Persatuan antaranya seperti Syarikat Brunei Shell Marketing (BSM), Persatuan Peniaga Automobil Brunei (Brunei Automobile Traders Association – BATA) dan Persatuan Insurance dan Takaful Brunei (Brunei Insurance and Takaful Assocaition – BITA).

 

Oleh itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir dan memeriahkan Majlis Pelancaran tersebut serta dinasihati juga untuk mematuhi Langkah-Langkah Kawalan Penularan Wabak COVID-19 Negara Brunei Darussalam yang berjalan pada masa ini ketika menghadiri Majlis Pelancaran itu nanti.

 

Disediakan oleh:
  

Kementerian Pengangkutan dan Info-komunikasi

Negara Brunei Darussalam

 

Kementerian Tenaga

Negara Brunei Darussalam

 

Attachments