Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI BERSEPADU "OPS MERAKAT"

OPERASI BERSEPADU "OPS MERAKAT"

Sabtu, 29 Rejab 1442 / 13 Mac 2021 Agensi-agensi penguatkuasaan yang terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Kementerian Kesihatan telah menjalankan operasi bersepadu "OPS MERAKAT" kali ke-7 ke atas kenderaan-kenderaan daftar luar negara yang berada di Negara ini di sekitar Kawasan Komersial Jalan Tutong.

Hasil daripada "OPS MERAKAT" tersebut, satu (01) buah kenderaan daftar luar negara telah diambil tindakan atas kesalahan gagal memperbaharui Pelekat Pelawat kenderaan yang mansuh pada 31 Disember 2020 dimana pemilik kenderaan berkenaan telah dikeluarkan kompaun sejumlah $150 dengan amaran oleh agensi Unit Penguatkuasaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

JPD ingin mengingatkan sekali lagi kepada pemilik-pemilik kenderaan persendirian atau komersial daftar luar negara agar memastikan Pelekat Pelawat atau Komersial adalah masih sahlaku dan telah diperbaharui. Pemilik-pemilik boleh mengimbas QR Code yang disediakan untuk mengetahui tarikh mansuh pelekat-pelekat berkenaan dan membaharui sebelum tarikh mansuh.

Pelekat Pas Kenderaan diperkenalkan untuk mengenalpasti kenderaan-kenderaan daftar luar negara yang telah mendapat kebenaran Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk menetap atau memasuki Negara ini bagi tujuan pengangkutan barangan-barangan pertanian, agrimakanan dan perikanan dengan kebenaran dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT). Kenderaan yang belum mempunyai pelekat bagi maksud ini, bolehlah memohon melalui aplikasi TransportBN atau www.jpd.gov.bn.

Kegagalan mematuhi perkara-perkara di atas akan diambil tindakan di bawah Akta Penyakit Berjangkit (Penggal 204) yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan denda kompaun sehingga $5,000 atau boleh didakwa ke mahkamah yang membawa denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga tempoh 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi talian cemas pihak Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Talian 993 atau melalui Talian Darussalam 123.

 

Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Attachments