Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
HASIL PENGUATKUASAAN JABATAN PENGANGKUTAN DARAT BAGI BULAN FEBRUARI 2021

Bandar Seri Begawan, 11 Mac 2021 - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), melalui Unit Penguatkuasaan telah menjalankan 22 operasi penguatkuasaan secara berterusan sepanjang bulan Februari 2021 dan 45 kompaun telah dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan yang melanggar undang-undang di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Penggal 68) kepada 28 kenderaan komersial hasil. Operasi penguatkuasaan ini juga termasuk operasi bersepadu bersama pihak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Lebuhraya Muara Tutong, Jejambat Lambak, Kampong Kupang dan kawasan komersial Gadong, Serusop dan Jalan Tutong. 

Operasi penguatkuasaan yang dijalankan adalah secara operasi rondaan, operasi sekatan, operasi teksi sapu dan bas dan operasi merakat.
Daripada 45 kompaun yang dikeluarkan, 31% adalah atas kesalahan memandu kenderaan yang tidak layak dari keselamatannya; 13% atas kesalahan melaraskan atau mengusik (tampering) Alat Amaran Had Kelajuan (Speed Warning Device/SWD); 11% kenderaan tidak mematuhi peraturan-peraturan pembinaan/ kenderaan yang diubahsuai; dan 11% atas kesalahan memandu kenderaan komersial tanpa sijil kelayakkan yang sah.
Dikesempatan ini, JPD ingin menasihatkan orang ramai khususnya pengguna-pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. 
Manakala itu, Pengurus atau Pemilik Syarikat adalah juga bertanggungjawab untuk memastikan Pemandu-Pemandu yang mengendalikan kenderaan milik syarikat terutama sekali dari kalangan warganegara asing untuk diberikan peringatan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya dengan mengamalkan budaya pemanduan yang cermat, berhemah dan beretika.
JPD juga mengalu-alukan kerjasama dari orang ramai untuk mengongsikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan lalulintas jalan raya dengan melaporkan perkara-perkara berkenaan dengan menyertakan gambar/video melalui Talian Darussalam 123 atau melalui Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +673 8333123.

Pengarah Pengangkutan Darat
Jabatan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi



Attachments