Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT MEMOHON KERJASAMA SYARIKAT- SYARIKAT PEMBEKAL PLAT PENDAFTARAN KENDERAAN DAN PEMILIK- PEMILIK KENDERAAN MENGENAI PLAT PENDAFTARAN KENDERAAN YANG ROSAK DAN PUDAR

Sabtu, 15 Rejab 1442H / 27 Februari 2021 - Hasil pemantauan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mendapati masih terdapat beberapa kenderaan-kenderaan yang digunakan di jalan raya dengan keadaan plat kenderaan rosak dan pudar.

Plat pendaftaran kenderaan adalah tanda pengenalan bagi setiap kenderaan dan merupakan identiti penting bagi tujuan keselamatan Pemilik kenderaan dan Pengguna jalan raya lain.

Secara ringkas, ciri-ciri plat pendaftaran kenderaan yang dibenarkan adalah mengikut Akta Lalu Lintas Jalan Raya (Penggal 68), Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya (Tanda Pengenalan), 2008 adalah diperbuat daripada aluminium dengan permukaan nombor tanda pengenalan timbul keluar (emboss). Plat pendaftaran kenderaan adalah berwarna hitam iaitu nombor tanda pengenalan berwarna putih di atas latar belakang (background) berwarna hitam dengan ukuran yang ditetapkan dan bahan yang tertentu.

JPD dengan ini memohon kerjasama syarikat-syarikat pembekal untuk mematuhi pembekalan plat pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JPD.

Pada masa yang sama, Pemilik atau Pengguna kenderaan adalah disarankan untuk menukar plat pendaftaran kenderaan yang rosak atau pudar dengan segera. Sukacita jua dimaklumkan sepertimana pada siaran akhbar JPD bertarikh 23 Disember 2020 yang lalu, pada masa ini syarikat-syarikat pembekal menawarkan potongan harga bagi menggantikan plat pendaftaran kenderaan sehingga tempoh tawaran berakhir pada 31 Mac 2021. Adalah diharapkan bagi Pemilik atau Pengguna kenderaan untuk mengambil peluang ini untuk menukar plat pendaftaran yang rosak atau pudar.

JPD boleh mengambil tindakan membatalkan atau menggantung operasi syarikat jika didapati tidak mematuhi peraturan-peraturan pembekalan, pembuatan dan pemasangan Plat Bilangan Pendaftaran Kenderaan.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi JPD di talian 2451979/80/87 samb. 111 pada waktu pejabat atau emel awvis@jpd.gov.bn.

 

Pengarah Pengangkutan Darat Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Info-komunikasi

Negara Brunei Darussalam


Attachments